PILIHANKU

TAJAAN

Memaparkan catatan dengan label WACANA MUTAKHIR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label WACANA MUTAKHIR. Papar semua catatan

16 Ogos 2012

BUKAN UNTUK DITANGISI...?

KEPULANGAN DINANTI, BUKAN UNTUK DITANGISI...
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin,
Balik kampung merupakan agenda yang dinanti-nantikan oleh setiap perantau apabila menjelangnya sesuatu perayaan. Terbayang wajah-wajah insan tersayang yang telah lama terpisah, terkenang akan kampung halaman yang lama ditinggalkan. Begitulah lamunan yang bermain-main di kotak minda. Namun sedar atau tidak, kepulangan kita ke pangkuan tersayang itu mungkin mengundang padah jika alpa dan keghairahan terlalu menguasai diri. Jadi, berhati-hatilah ketika dalam perjalanan, 'malang tidak berbau'. 
BERHEMAHLAH KETIKA DI JALAN RAYA

Foto hiasan
(Kemalangan ini berlaku pada musim perayaan sekitar tahun 2004 - 2006 di Alor Setar. Al-Fatihah untuk roh-roh mereka)

17 April 2012

KONON JADI PEJUANG...?


PROTES pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia di sekitar Jalan Tun Abdul Razak dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, kelmarin.

Tahniahlah kepada pelajar IPTA yang turut serta dalam membuat demonstrasi protes tersebut. Anda semua ada gaya seorang pejuang keadilan? Tapi apalah buat kecoh-kecoh? Jika anda tak mahu PTPTN, jangan mohon. Dan jika dah termakan, pulangkan balik duit kerajaan tu. Habis cerita..... Balik, balik, balik..... pi study nu.... Hang semua bukannya khatam lagi.....!!!

Kalau dah layak mengundi, tunggu PRU 13, pangkahlah parti yang selari dengan selera kamu.... habis cerita......

15 Mac 2011

GURAUAN YANG TIDAK SENSITIF...?



Lukisan kartun oleh Zoy yang terkandung dalam akhbar Berita Minggu yang lepas dikatakan mempersenda orang yang ditimpa musibah. Hal ini dilihat kita sedang mentertawakan orang yang dilanda malapetaka. Sepatutnya kita mengucapkan takziah dan cuba membantu rakyat Jepun semampu mungkin. Bukannya membuat lawak bodoh semata-mata untuk menghiburkan hati sesetengah orang.

Fikir-fikirkan.....?

14 Mac 2011

MUNGKINKAH TANDA SATU LAGI MUSIBAH...?




Kumpulan ikan yang teramat banyak, menghitamkan warna air laut...?
Fenomena perarakan kumpulan ikan di pantai Acapulco, Mexico beberapa hari yang lepas memang pelik dan jarang-jarang berlaku. Mungkinkah ini merupakan petanda bahawa satu lagi bala besar akan berlaku....? Fenomena hampir serupa pernah berlaku di perairan Kedah, Perlis dan Pulau Pinang sedikit masa dulu. Ketika itu para nelayan mengaut untung besar kerana tangkapan ikan berlipat ganda. Ikan seolah-olah datang menyerah, melompat naik ke perahu..  Dan tidak lama selepas itu, musibah tsunami melanda, memusnahkan segala apa yang kita miliki....?

28 Februari 2011

SMSTMFP WAKILI ZON TIMUR...?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat bersua kembali setelah agak lama penulis tidak berkesempatan untuk mengemaskinikan blog 'Suara_Kilat.com' kerana kekangan masa yang amat sangat. Untuk makluman pembaca, penulis berada di luar kawasan baru-baru ini kerana membawa pasukan hoki SMSTMFP ke Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh Zon Timur di Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Kuantan, Pahang pada 23 - 27 Februari 2011. Sebagai jurulatih pasukan hoki lelaki dan perempuan, penulis langsung tidak berpeluang untuk berhubung dengan para pembaca sekalian kerana terikat dengan jadual pertandingan yang amat ketat. Saya terpaksa berkejar ke dua buah stadium austrotuf  iaitu Stadium Wisma Sukan Pahang dan Stadium SUKPA untuk menyediakan pasukan saya yang akan dan sedang bertandingan.

Syukur alhamdulillah, kerana pada kejohanan kali ini pasukan yang saya bimbing telah mencapai kejayaan yang amat gemilang dan kedua-dua buah pasukan lelaki dan perempuan muncul juara dan naib juara, dan akan mewakili Zon Timur ke Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan pada bulan Mei nanti.
Berita lengkap kejayaan pasukan penulis akan diceritakan kemudian.

Terima kasih.

11 Februari 2011

HOSNI MUBARAK TUNDUK DESAKAN RAKYAT...?

MUNGKINKAH DIA AKAN BERUNDUR...?
Egypt's President Hosni Mubarak addresses the nation in this still image taken from video February 10, 2011.
Sumber-sumber ada memberitahu bahawa Hosni Mubarak akan meletakkan jawatan dalam tempoh terdekat....?
Sama-sama kita tunggu, semoga negara Mesir kembali aman....?

12 Januari 2011

RANKING PASUKAN MASIH JAUH DI BAWAH...?

Pencapaian Harimau Malaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 membolehkan negara membaiki sedikit ranking bola sepak semasa. Mengikut ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), negara kita meningkat 2 anak tangga iaitu dari tangga ke-144 kepada tangga ke-142.
Namun pencapaian ini hanyalah meletakkan kita sebaris dengan pasukan-pasukan tidak ternama yang lain seperti:-
  • Burundi     - 141
  • Tajikistan    - 143
  • India    - 144
  • Hong Kong    - 146
Dalam kalangan negara Asia Tenggara, negara kita masih berada di tempat ke-5, iaitu:-
  • Thailand    -119
  • Indonesia    - 126
  • Vietnam    - 136
  • Singapura    - 139
  • Malaysia    - 142
Manakala dalam kalangan negara Asia pula, Malaysia meningkat 2 anak tangga iaitu dari tangga ke-25 ke tangga yang ke-23.

Komen penulis: Masih jauh yang perlu dikejar oleh pasukan bola sepak negara, jika dilihat kepada kedudukan ranking semasa. Pencapaian terbaik pasukan bola sepak negara ialah ketika berada di ranking ke-75 dunia pada tahun 1993.

30 Disember 2010

MALAYSIA JUARA PIALA SUZUKI AFF 2010...?

Malaysia Juara Piala AFF 2010
SAH Malaysia juara baru Piala Suzuki AFF 2010 setelah berjaya menundukkan keegoan Indonesia dengan agregat 4 - 2. Kejayaan bersejarah ini terlakar di Stadium Utama Gelora Bung Karno dan disaksikan jutaan penduduk dua buah negara berjiran. Sungguhpun Malaysia tewas 1 - 2 pada perlawanan final ke-2, namun kemenangan besar 3 - 0 ke atas Indonesia di Kuala Lumpur menjadikan negara itu hampa untuk memiliki piala tersebut buat kali keempat.
Sesungguhnya kejayaan Malaysia sebagai juara baru bola sepak pada malam tadi telah menutup mulut para pengkritik dan pelampau serta penyokong bola sepak Indonesia yang sememangnya tidak mahu dan tidak boleh menerima kekalahan.
Kepada para pemain kedua-dua buah pasukan, tahniah kerana menonjolkan semangat juang dan semangat kesukanan yang tinggi.  

19 Disember 2010

MALAYSIA LAYAK KE FINAL...?


Kepala siapa lebih keras...?
Betul jangkaan penulis Malaysia akan berjaya menghancurkan sisa-sisa perjuangan Vietnam jika berjaya mengekang asakan Vietnam sehingga 30 minit pertama masa permainan. Pemain Vietnam akan tertekan dan mula melakukan kesilapan. Keputusan seri 0 - 0  malam ini memang melakarkan sejarah manis buat pasukan bola sepak tanah air.

Tahniah, dan terima kasih kerana menggembirakan rakyat Malaysia. 

18 Disember 2010

SEJARAH BOLA SEPAK MALAYSIA DILAKAR...?

Malaysia akan berhadapan Vietnam di stadium negara itu pada malam ini dalam perlawanan semi-final ke-2 bagi penentuan sama ada layak ke final atau sebaliknya. Dalam perlawanan semi-final pertama yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, negara kita berjaya menundukkan kedegilan Vietnam dengan jaringan 2 - 0.

Jika Malaysia berjaya menyerapkan tekanan awal Vietnam sehingga 30 minit pertama, Malaysia berkemungkinan besar akan menang pada malam ini dan sejarah bola sepak negara akan terlakar indah.

Moga-moga sejarah tercipta... Insya-Allah.

29 November 2010

LIM KIT SIANG, TIM. PERDANA MENTERI...?

DSAI berjanji jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya nanti, Lim Kit Siang akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, jadi di mana tempat untuk Tok Guru Hj. Hadi, ataupun orang-orang kuat PAS yang lain. Kenapa DSAI terlalu memandang tinggi kepada pemimpin DAP bukannya pemimpin PAS...? Bagaimana dengan jihad PAS untuk menjadikan negara ini sebuah negara Islam. Setahu penulis, pemimpin-pemimpin DAP sudah bersumpah akan menentang usaha PAS memperkenalkan pemerintahan Islam. Apa komen orang PAS yang selama ini sanggup menjilat ludah sendiri demi menjalin hubungan intim dengan DAP...?

Agaknya apa akan jadi kepada orang Melayu jika ayahnya pula memerintah negara ini...? Lihat saja apa sudah jadi kepada tanah orang Melayu Pulau Pinang apabila anaknya menjadi bos di sana. P. Pinang tidak mustahil menjadi seperti Singapura nanti...? Moga-moga dijauhkan Allah.

Azmin orang nombor dua PKR telah bersumpah untuk menentang 'ketuanan Melayu' dan sanggup menjadi penderhaka bangsa kerana kelangsungan politik sempit. Penulis sebak, sedih dan marah apabila ada manusia sebangsa yang lupa diri dan sejarah asal usul bangsa.

Pada penulis, berpolitik tu boleh, tapi janganlah sehingga menggadai kepentingan bangsa.

27 November 2010

PEMIMPIN MELAYU GADAI MELAYU...?

Ketuanan Melayu mahu dibakulsampahkan...?
Pelik dan bingung penulis memikirkan ada parti Melayu dan pemimpin Melayu yang beria-ia mahu menghapuskan ketuanan Melayu di tanah air sendiri. Mereka ini mungkin bersandiwara kerana kepentingan cita-cita politik sempit tanpa memikirkan soal kepentingan dan keselamatan anak bangsa pada masa akan datang. Mereka pura-pura lupa akan darah dan keringat pejuang terdahulu telah tumpah ke bumi ini demi mempertahankan setiap inci bumi pesaka nenek moyang mereka.

Bercakap dan berpidato memang mudah, tapi cuba renungkan nasib Melayu yang masih ketinggalan dalam segala bidang. Lihatlah nasib Melayu Pulau Pinang, lihatlah nasib orang Melayu di bandar-bandar besar, ... mereka sekadar peminta sedekah di tanah air sendiri.

Orang politik yang bijak bercakap ramai, tapi yang bijak bertindak, boleh dibilang dengan jari....?

13 November 2010

MALAYSIA TEWAS KERANA KEBODOHAN....?

Kesenian dan kemahiran permainan bola sepak terencat dan seterusnya lenyap kerana mutu pengadilan yang lemah serta sifat bodoh seseorang pengadil. Tidak dinafikan bahawa peranan seseorang pengadil memang besar lagi berat tetapi jika mengambil keputusan membabi buta, memang jadi 'babi' sesuatu perlawanan itu. Sekejap tadi penulis agak teruja kerana berpeluang menyaksikan perlawanan bola sepak Sukan Asia, antara negara kita dengan China. Pada awal perlawanan, corak permainan memang menarik, pantas dan penuh strategi. Namun rasa teruja penulis bertukar benci dan marah melihat 'KEBODOHAN' pengadil yang amat nyata! Memang berlaku kesalahan dan bantahan daripada pemain Malaysia, tapi... seseorang pengadil yang diberikan amanah perlu bijak mengawal keadaan, dan tidak semestinya dengan menggunakan kad merah dan kad kuning?

Kita tidak mempersoalkan soal kalah-menang, kita mahu melihat mutu permainan, bukannya gelagat pengadil yang bodoh di tengah padang.

Komen ore Klate, pengadil lagu tu kalu di Klate, sah kena tago ngan batu...? Baru pade muko.... bodo,tokleh nak ajar....!

18 Oktober 2010

BERITA AGAK LAMBAT...?

Mesyuarat di Goldcourse, Klang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dulu penulis memohon maaf kepada para pengunjung blog ini kerana proses kemas kini berita dan informasi untuk blog ini agak perlahan serta sedikit terkebelakang sejak akhir-akhir ini kerana kekangan masa dan tugas yang terpikul di bahu.
Penulis kini sedang terlibat dengan mesyuarat dan hanya akan berakhir pada petang 21 Oktober 2010. Tugasan dan tanggungjawab ini sedikit sebanyak mengganggu kerja-kerja rutin demi mempertingkatkan usaha menyajikan berita-berita mutakhir buat pembaca sera pengunjung setia SuArA_KiLaT.com.
Insya-Allah, semoga kesulitan ini tidak akan kekal lama...?

14 September 2010

SALAM HARI RAYA...?


Rencah Hari Raya...?

Kelmarin, rakyat Kelantan mendapat Sultan baru. Krisis istana yang berlangsung lebih setahun ini diharapkan berakhir dan kembali pulih seperti sediakala. Daulat Tuanku! Sekejap tadi pula Kelantan kecundang 0 - 1 ketika melayan kunjungan Negeri Sembilan dalam perlawanan Piala Malaysia. Tahniah pasukan Negeri dan buat pasukan Red Warrior, bersabarlah, mungkin malam ini bukan untuk kita...?

Hari Raya Aidilfitri masuk ke hari yang keempat hari ini. Sambutan masih terus berjalan. Cuma kini lebih tertumpu kepada acara lawatan ke rumah sanak-saudara yang agak jauh jaraknya. Keadaan di bandar Kota Bharu agak lengang, trafik berjalan lancar tetapi di jalan-jalan utama negeri, trafik jam berlaku dengan agak teruk. Hal ini memaksa pengguna-pengguna jalan raya lebih bersabar dan bertimbang rasa. Jangan pula kita menjadi penyumbang kepada peningkatan kes kematian dalam Ops Sikap ke-22.

Minggu depan, adik-adik di Tahun 6 akan menghadapi UPSR dan sudah pasti sambutan raya kali ini terpaksa dikorbankan sedikit. Takkan nak tinggalkan buku lama-lama...? Nanti terlopong mulut ketika menjawab soalan peperiksaan. Harapan untuk menggapai 5A perlu diutamakan.

Selamat Hari Raya , maaf zahir dan batin.

11 September 2010

9/11 AGENDA AMERIKA KUASAI ISLAM....?

The September 11 attacks (often referred to as September 11th or 9/11) were a series of coordinated suicide attacks by al-Qaeda upon the United States on September 11, 2001. On that morning, 19 al-Qaeda terrorists hijacked four commercial passenger jet airliners.[2][3] The hijackers intentionally crashed two of the airliners into the Twin Towers of the World Trade Center in New York City, killing everyone on board and many others working in the buildings. Both buildings collapsed within two hours, destroying nearby buildings and damaging others. The hijackers crashed a third airliner into the Pentagon in Arlington, Virginia, just outside Washington, D.C. The fourth plane crashed into a field near Shanksville in rural Pennsylvania after some of its passengers and flight crew attempted to retake control of the plane, which the hijackers had redirected toward Washington, D.C. There were no survivors from any of the flights.
The death toll of the attacks was 2,996, including the 19 hijackers.[1] The overwhelming majority of casualties were civilians, including nationals of over 70 countries.[4] In addition, there is at least one secondary death – one person was ruled by a medical examiner to have died from lung disease due to exposure to dust from the World Trade Center's collapse.
Hari ini merupakan ulang tahun ke-10 tregadi Serangan 11 September (9/11) ke atas World Trade Center, di New York yang telah merobah sejarah dunia: kejatuhan Iraq dan Saddam Hussien, campur tangan Amerika ke atas dunia Islam, sengketa di Afghanistan, Pakistan dan yang paling menyedihkan ialah wujudnya istilah Islam pengganas dan anti-Islam yang sebenarnya telah dirancang...?
Persoalan sebenarnya, adakah tregedi ini telah dirancang oleh 'kuasa besar' sebagai tiket untuk menakluki wilayah Islam dan kekayaannya...? Lihatlah kemusnahan Iraq dan kekayaan minyaknya kini menjadi rebutan syarikat-syarikat gergasi Amerika. Mereka mengauk keuntungan daripada kemusnahan dan kehancuran sebuah peradaban bangsa Iraq...?

MOGA ISLAM SUBUR ATAS KEDURJANAAN MUSUH....!

04 September 2010

PATUTKAH UMAT ISLAM MEMBISU...?


ORANG ISLAM SELALU DITIPU HIDUP-HIDUP

Penulis terkedu dan perasaan marah membuak-buak seketika apabila membaca berita yang dikeluarkan oleh JAKIM yang mengatakan bahawa minyak sapi berjenama QBB PURE GHEE tidak halal dan tidak boleh digunakan oleh orang Islam. Minyak sapi tersebut dikatakan mengandungi bahan yang diragui (lemak babi) dan semua mengetahui bahawa minyak sapi menjadi salah satu adunan penting dalam setiap masakan seperti nasi minyak, nasi beriani, nasi bukhari, masakan kuzi, biskut dan pelbagai lagi yang sememangnya menjadi kegemaran utama kita.

Jika benar dakwaan JAKIM (diharapkan tidak benar) tersebut, bermakna ratusan ribu atau jutaan umat Islam secara tidak sengaja telah memakan makanan yang HARAM dan kini telah menjadi darah daging kita. Babi yang begitu dipandang kotor oleh umat Islam sebenarnya telah menjadi sebahagian daripada makanan kita seharian. Apalah nasib umat Islam di negara ini yang sering menjadi mangsa manusia yang jahat dan tidak bertanggungjawab.

Perasaan sakit hati saya bertambah-tambah apabila melihat logo halal terpampang di setiap tin minyak sapi tersebut. Siapakah yang telah memberikan kebenaran penggunaan logo halal tersebut. Atau jika wujud unsur penipuan, apakah tindakan yang patut diambil kepada pihak pengilang? Adakah cukup dengan sekatan yang telah dibuat, sedangkan umat Islam telah tertipu begitu lama dan seolah-olah dipermainkan dan diperbodoh begitu sahaja.

Kepada mereka yang bertanggungjawab dan memikul amanah, ambillah tindakan yang tegas dan berat kepada mereka yang bersalah dan ingat, tanggungjawab anda menjaga kebajikan umat Islam akan diungkit  di akhirat kelak. Peliharalah kebajikan umat Islam di negara ini daripada sebarang penipuan yang boleh menghina umat Islam dan seterusnya agama Islam yang suci ini. Bertindak tegas adalah amat penting agar dapat memberikan teladan kepada pihak-pihak lain supaya tidak cuba-cuba untuk mempermainkan orang Islam lagi.

Hab Halal dunia yang diuar-uarkan tak akan ke mana jika kita tidak serius melaksanakannya.
 

03 September 2010

RINDU MALAM LAILATUL QADAR...?

Katakan benar adanya Tuhan,
Katakan benar Dia Allah,
Katakan benar Nabi Muhammad,
Katakan benar pesuruh mulia.

Katakan benar adanya mati,
Katakan benar adanya hisab,
Katakan benar ada mahsyar,
Katakan benar ada syurga ada neraka,
Katakan benar ada suka ada derita....

LAILATUL QADAR nyata benar,
Malam sebesar seribu bulan,
Memberikan ruang hamba beramal,
Menampung dosa seribu bulan,
Yang lalai dan leka,
Nikmat dunia yang fana....?

Ya Allah, temukan aku dengan LAILATUL QADAR-Mu,
Menunggu sekian lama aku,
Moga keberkatannya menyimbah seluruh kalbu.

Nukilan:
CiKgUaZeMi
3/9/2010

01 September 2010

JANGAN DIBAKAR API KEMARAHAN...?



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat berpuasa dan selamat hari raya Aidilfitri saya ucapkan khusus buat pengunjung serta pembaca blog ini semoga kalian sentiasa dirahmati Allah. Pada peluang kali ini saya ingin mengulas tentang isu-isu tindakan dan perilaku segelintir rakyat negara jiran yang masih tidak henti-henti mencerca serta menghina negara, bangsa dan agama kita secara terlampau dan tidak masuk akal.

Di atas saya lampirkan contoh jelas, betapa rakyat Indonesia menggunakan FB, twitter dan tidak kurang juga blog-blog picisan yang mengutuk, mencerca dan menghina kita tanpa ada langsung untuk kita mempertahankan diri. Mereka seolah-olah hilang akal dan kewarasan dengan bertindak melulu seperti orang yang tidak bertamadun, dan tindakan mereka ini pula seperti mendapat lampu hijau daripada pemimpin mereka.

Kepada rakyat Malaysia yang cinta akan keamanan, keharmonian dan waras pemikiran, janganlah terperangkap dan terikut-ikut dengan sikap kebiadapan mereka. Biarlah anjing menyalak bukit, akhirnya mereka akan berhentinya dengan sendiri. 

Saya terfikir juga kenapa segelintir rakyat Indonesia ini sanggup bertindak sebegitu? Adakah mereka ini  merupakan para nasionalis dan pejuang bangsa? Atau adakah mereka ini hanyalah makhluk upahan yang hanya mengharapkan upah daripada pihak-pihak tertentu? Pada saya mereka bukannya pejuang, mereka bukannya para nasionalis, mereka bukannya cendekiawan, mereka hanyalah manusia yang tidak memiliki apa-apa...? Sering bertindak melulu tanpa menggunakan akal yang waras...!!!

SEBENARnya mereka merupakan segelintir masyarakat yang hidup dalam serba kekurangan, kemiskinan, tanpa pendidikan yang sempurna, penganggur dan juga mungkin sering menjadi mangsa yang ditindas atau tertindas. Mereka menjadikan isu-isu kecil hubungan Malaysia-Indonesia sebagai tempat untuk MELEPASKAN GERAM dan KECEWA mereka dan mungkin juga DENDAM dan CEMBURU serta IRIHATI kerana negara kita walaupun dikira lebih adik, lebih MAJU dan KE DEPAN berbanding dengan negara mereka. 

Negara mereka sering dilanda bencana dan malapetaka bencana alam, seperti gempa bumi, tanah runtuh, letusan gunung berapi dan yang paling besar Tsunami telah sedikit sebanyak memberikan kesan yang mendalam di dalam jiwa mereka. Sebagai negara jiran serumpun, kita sering membantu mereka, tetapi itu langsung tidak menyedarkan mereka. Hampir 2 juta rakyat Indonesia menjadi buruh di Malaysia yang mencari sesuap nasi dan secara langsung membantu membaiki kehidupan mereka di Indonesia. Jika mahu dikira berlaku pencerobohan beberapa orang nelayan Malaysia di wilayah Indonesia, kenapa pula tidak diambil kira beribu-ribu orang pendatang haram Indonesia yang menceroboh wilayah Malaysia setiap hari kerana ingin lari daripada masalah kemiskinan di negaranya.

Sedarlah, tindakan rakyat Indonesia ini sebenarnya memalukan diri sendiri. Membaling najis manusia bukannya KEMAJUAN dan KEPAHLAWANAN sebaliknya lebih menonjolkan kebodohan dan kejijikan sikap dan peribadi. Membakar bendera..... bakarlah semahunya.... jika tidak kecukupan bendera, akan kami kirim nanti.......

Tsunami 2007 di Indonesia, kita negara pertama menghulurkan bantuan kemanusiaan....?

Mangsa gempa dibantu oleh saudara serumpun dari Malaysia....?

Keperihatinan kita dipandang sebelah mata....?
LIHAT SAJA AKSI SADIS RAKYAT INDONESIA





ADAKAH TINDAKAN MEREKA INI WARAS DAN BERTAMADUN...?

31 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA...?


Selamat menyambut hari kebangsaan atau kini hari kemerdekaan ke-53 kepada rakyat Malaysia semoga negara kita kekal aman dan sejahtera serta terus berkembang maju sebagai sebuah negara maju yang dikagumi. Fahamilah erti kemerdekaan dalam erti kata yang sebenarnya. Janganlah ada lagi segelintir daripada kita menyalahgunakan sambutan kemerdekaan dengan perlakuan songsang dek kerana dangkal akal dan iman.
Cuba renungkan sejenak tentang aktiviti songsang yang sering dilakukan sempena tiba hari merdeka:-
Remaja isikan makna kemerdekaan dengan 'merempit'
Menambah dosa dengan adegan sosial songsang..
Air syaitan ditogok tanpa rasa berdosa...