PILIHANKU

TAJAAN

19 April 2011

DATUK 'T' KENA DAKWA...?

Trio 'Datuk T' berhadapan tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR 18 April - Trio 'Datuk T' mungkin berhadapan tindakan undang-undang jika Peguam Negara (AG) memutuskan pendakwaan atas kesalahan menayangkan rakaman video seks yang pelakon lelakinya didakwa mempunyai mirip wajah seorang pemimpin parti pembangkang baru-baru ini.
Tindakan terhadap ketiga-tiganya iaitu Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim boleh dilakukan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pendakwaan itu bergantung kepada AG yang akan membuat keputusan selepas melihat laporan hasil siasatan polis.
"Ada kemungkinan (pendakwaan), tetapi polis membuat tindakan apabila mendapat keputusan AG," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 19/4/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan