PILIHANKU

TAJAAN

04 April 2011

KAHWIN SEJENIS DI JAKARTA...?


SELEPAS 6 BULAN NIKAH BARU TAHU ISTERI BUKAN PEREMPUAN TULEN

JAKARTA - Setelah bernikah selama enam bulan, seorang lelaki, Umar baru mengetahui bahawa isterinya itu ialah seorang lelaki tulen, lapor akhbar Sumut Pos semalam.
Umar berkenalan dengan isterinya itu, Fransiska Anatasya Octaviany menerusi Facebook setelah tertarik dengan kecantikan wajahnya.
"Semasa mereka bertemu, lelaki yang mengaku wanita itu memakai tudung," kata seorang pegawai polis di Jatiasih, Bekasi, Darmawan Karosekali kelmarin.
Namun, setelah enam bulan bernikah, Umar melihat terdapat sesuatu yang mencurigakan pada tubuh isterinya itu kerana dia kelihatan tegap.
"Selepas diperiksa (oleh Umar), ternyata dia (Fransiska) memang laki-laki," kata Darmawan.
Sumber: Kosmo! Online, 4/4/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan