PILIHANKU

TAJAAN

08 April 2011

DUA PEGAWAI SPRM DITAHAN TUGAS...?



KUALA LUMPUR – Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur ditahan tugas ekoran kematian seorang pegawai Kastam berpangkat Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan pejabat itu di sini kelmarin.
Tindakan terhadap kedua-dua pegawai termasuk seorang pegawai pengiring Ahmad Sarbani itu dibuat bagi tujuan siasatan selepas mereka disyaki melakukan pelanggaran ingkar perintah berhubung pengendalian saksi di pejabat SPRM.
Kedua-dua pegawai itu juga dikatakan gagal berada bersama saksi atau pelanggan sepanjang masa ketika individu tersebut berada di dalam premis SPRM.
“Proses tahanan kerja tersebut dilakukan bagi membantu melicinkan proses siasatan (dalaman),” kata SPRM dalam satu kenyataan semalam.
Menurut SPRM, tindakan penggantungan tersebut dibuat di bawah Peraturan 43, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 iaitu penahanan kerja bagi penyiasatan.
Sumber: Kosmo! Online, 8/4/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan