Tajuk di Berita Harian ini, 'Gelora di Bukit Jalil' menggambarkan betapa sengitnya perlawanan final yang akan ditempuh oleh pasukan Kelantan dan Johor DT pada malam ini. Walaupun, ramalan mengatakan Kelantan berupaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lepas, namun suasana boleh menjadi sebaliknya jika kelekaan dan tidak fokus pemain Kelantan yang kerap kali terjadi terutamanya dalam perlawanan-perlawanan besar seperti malam ini.
Johor DT dan Kelantan nampak seimbang dan masing-masing berpeluang merangkul piala FA edisi ini. Namun faktor mutu pengadilan, gol awal dan komitmen peminat setia menjadi antara faktor penyumbang kepada kejayaan pasukan, tidak kira Kelantan mahupun Johor DT.
Kelantan masih ada dendam yang perlu dibayar pada malam ini. Sengketa pada awal musim, berkaitan perpindahan Awang dan Mat Yo mesti dilangsaikan. Kelantan mesti membuktikan bahawa perpindahan bekas ayam tambatan mereka itu bukanlah faktor utama sedikit kemerosotan The Red Warriors pada tahun ini. Kekalahan Kelantan 0 - 2 kepada Johor DT di Johor Bahru dalam saingan Liga Super baru-baru ini perlu dibalas. Dan malam ini ialah gelanggangnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan