PILIHANKU

TAJAAN

29 Jun 2013

KLATE JUARA FA 2013...?

Hak mutlak Kelantan....
Satu gol sudah cukup untuk meletakkan Kelantan di takhta piala FA edisi 2013. Walaupun pada awalnya penulis menjangkakan Kelantan akan menang 3 - 1, tetapi itu bukannya telahan yang melampau. Hal ini kerana di separuh masa pertama sahaja, sepatutnya TRW memperoleh sekurang-kurangnya 6 gol, jika tidak kerana nasib dan juga kegopohan penyerang sendiri. 
Kelantan tetap juara dan berjaya untuk mengekalkan kejuaraan 2 tahun berturut-turut. Kemenangan manis yang dilakar pada malam ini membuatkan penyokong TRW puas kerana hutang dengan Johor DT telah terbalas.
Tahniah Kelantan dan tahniah buat penyokong setia TRW. Johor DT perlu banyak belajar jika ingin menjadi pasukan juara seperti Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan