PILIHANKU

TAJAAN

04 Januari 2011

RAJA PENIPU WANITA...?



LONDON - Seorang penipu di Britain, Paul Bint, 48, mendakwa dia memperoleh lebih £2 juta (RM9.4 juta) milik sejumlah wanita yang diperdayakannya untuk membeli kereta sport, barangan kemas serta tinggal di hotel-hotel mewah, lapor sebuah akhbar semalam.
Digelar raja penipu kerana kelicikannya, Bint, 48, turut meniduri 2,500 wanita dengan menyamar sebagai seorang perunding hospital, peguam dan eksekutif bank untuk menggoda dan membawa mereka ke ranjang.
"Saya juga pernah menjalin hubungan dengan 10 wanita sekali gus dan menggunakan identiti berbeza apabila bersama mereka," katanya.
Lelaki itu memiliki rekod jenayah seawal usia 15 tahun tetapi menyedari dia pandai menipu selepas mencuri sebuah stetoskop ketika berusia 21 tahun untuk menyamar sebagai seorang doktor di beberapa wad hospital.
Sumber: Kosmo! Online, 4/1/2011

KARAM SINGH HINA ORANG MELAYU...?


Foto Kosmo! Online
Karam Singh Walia yang dikenali sebagai pemberita yang berani mendedahkan isu-isu masyarakat kini disiasat oleh pihak TV3 kerana dikatakan mengeluarkan pendapat yang berunsurkan penghinaan terhadap  orang Melayu.
'Seperti mencabut bulu itik, itik tak sakit, hati pun tak sakit', sekadar mengajuk peribahasa yang entah apa-apa daripada Karam Singh.....?

PALESTIN BELUM AMAN...?

PROTES PALESTIN...?

Belia Palestin merusuh kerana marah terhadap pembunuhan seorang wanita...

Tentera Zionis bersedia melepaskan gas pemedih mata...?

PENGANUT KRISTIAN MERUSUH...?


KAHERAH 3 Jan. - Penunjuk perasaan Kristian yang marah melontar batu ke arah beberapa Menteri Mesir semalam, ketika kebimbangan tercetusnya kekacauan agama semakin meningkat di negara ini ekoran satu letupan gereja yang meragut 21 nyawa, hujung minggu lalu.
Bantahan ini berpunca daripada serangan bom kereta yang telah membunuh beberapa orang Kristian semasa mereka berkumpul untuk meraikan Tahun Baharu di luar gereja Koptik Ortodok, Iskandariah.

Sumber: Petikan dan komen daripada Utusan Malaysia Online, 4/1/2011

BEKAS NAIB PRESIDEN KELUAR PKR...?


KOTA KINABALU 3 Jan. – Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mengesahkan keluar dari parti tersebut dan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden parti, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Disember lalu.
Dalam satu kenyataan, di sini hari ini, Jeffrey menegaskan, walaupun beliau berhasrat untuk mengumumkan pengunduran berkenaan pada Khamis ini namun ia terpaksa dipercepat berikutan pelbagai khabar angin oleh pihak tertentu yang memburuk-burukkan dirinya.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 4/1/2011

APEK DAPAT RUMAH...?


KOTA BHARU, 3 Jan:Penjaga gol skuad Harimau Malaya yang berjaya membantu negara menjuarai Piala AFF Suzuki, Khairul Fahmi Che Mat dihadiahkan sebuah rumah oleh kerajaan negeri Kelantan hari ini.

Sumber: Harakahdaily.net, 4/1/2011

03 Januari 2011

TEH SUKAT RM6 SEKILO...?

KOTA BHARU - Teh sukat atau teh timbang menjadi pilihan ramai pengusaha gerai makanan dan minuman kerana harganya jauh lebih murah berbanding teh berjenama.
Seorang peniaga kedai runcit, Nizam Mohamad, 53, berkata, harga teh sukat itu bergantung kepada kualitinya dan serendah RM6 sekilogram.
"Jenis paling mahal ialah RM13 sekilogram. Teh timbang yang lebih murah kurang sedap, rupanya kurang cantik dan berdebu-debu," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Sumber: Kosmo! Online, 3/1/2011


TEH SUKAT CAMPUR KARSINOGEN...?

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak pengambilan berterusan air teh sukat yang banyak dijual di gerai-gerai teh tarik bagi mengelak risiko penyakit kanser.
Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Mustafa Ali Mohd. berkata, bahan pewarna sintetik yang banyak dipakai dalam industri mewarna kain menjadi pilihan kerana kosnya lebih murah.
"Bahan pewarna ini mempunyai pelbagai jenis dan kumpulan. Salah satu daripadanya ialah karsinogen yang sangat berbahaya kerana ia tidak boleh dihadam dengan baik.
"Ia juga boleh mengganggu sistem DNA manusia sekali gus mendorong pertumbuhan pelbagai jenis barah dalam tisu hidup,'' katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi semalam.
Antara jenis barah berpunca daripada karsinogen ialah barah paru-paru, hati, prostat dan usus.
Sumber: Kosmo! Online, 3/1/2011

PESAWAT PENGINTIP DITEMBAK JATUH...?

Tentera Iran dakwa tembak jatuh dua pesawat pengintip

03/01/2011 2:42am

TEHRAN 3 Jan. – Iran menembak jatuh dua buah pesawat pengintip di Teluk Parsi, kata komander kanan keselamatan revolusi kepada agensi berita Fars.
“Banyak pesawat pengintip dan pesawat musuh yang menceroboh telah ditembak jatuh oleh pasukan keselamatan... malah kami turut menembak jatuh dua buah pesawat pengintip di Teluk Parsi,” kata Komander Amir Ali Hajizadeh.
“Namun inilah pertama kali kami mengumumkan mengenainya,” katanya tanpa menyatakan bila pesawat pengintip dan pesawat-pesawat lain itu telah ditembak jatuh. – Reuters

Sumber: Utusan Malaysia Online, 3/1/2011

CHELSEA SERI 3 - 3 ...?

KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS 2/1/2011:-
  • CHELSEA VS ASTON VILLA: 3 - 3
  • WIGAN VS NEWCASTLE UNITED: 0 - 1
Ciaran Clark turns in the equalising goal for Villa in injury time
Ciaran Clark turns in the equalising goal for Villa in injury time

LAGI GEMPA BUMI DI SUMATERA...?

Gempa bumi 5.7 magnitud gegarkan pulau Sumatera

03/01/2011 2:42am

JAKARTA 3 Jan. – Satu gempa bumi berukuran 5.7 magnitud gegarkan pulau Sumatera, Indonesia malam tadi, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, kata pusat kajian Geologi Amerika Syarikat.
Gempa bumi sederhana pada kedalaman 16 kilometer pada pukul 10.19 malam waktu tempatan itu berlaku kira-kira 122 kilometer ke barat daya Bengkulu di selatan Sumatera. - AFP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 3/1/2011

ZIONIS BUNUH DUA RAKYAT PALESTIN....?

Mourners at the funeral blame the Israeli military for the protester's death  [EPA]
NABLUS, Wilayah Palestin 3 Jan. - Tentera rejim zionis Israel terus bertindak ganas dengan menembak mati seorang rakyat Palestin di pusat pemeriksaan bandar Nablus dekat Tebing Barat semalam, tidak sampai 48 jam tentera pengganas Yahudi itu menyebabkan kematian ke atas seorang wanita akibat serangan gas pemedih mata ke atas penunjuk perasaan.
Para pegawai Palestin yang mengutuk pembunuhan ke atas kedua-dua orang mangsa menganggap tindakan tentera pengganas Israel itu menjadi bertambah bahaya.
Palang Merah Palestin berkata mangsa, Mohammed Daraghmen berusia awal 20-an mati di pusat pemeriksaan Hamra, timur laut Nablus kira-kira pukul 8 pagi waktu tempatan.
Tentera pengganas bagaimanapun mendakwa, mangsa cuba menikam anggotanya di pusat pemeriksaan tersebut, namun ia dinafikan oleh sumber Palestin di situ.
Sumber hospital berkata, Daraghmeh dari Tubas di utara Nablus mati di tempat kejadian akibat ditembak di bahagian dada, tangan dan kaki oleh tentera pengganas Israel ketika menuju ke tempat kerjanya di sebuah penempatan di Tebing Barat. - AFP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 3/1/2011

02 Januari 2011

BIAR FOTO YANG BERCERITA....?

Indonesia's Cristian Gonzales (2L) fights for the ball with  Malaysia's goal keeper Khairul Fahmi (2R) during the last of the two  round final games of the AFF Suzuki Cup 2010 in Jakarta on December 29,  2010.
Malaysia's goalkeeper Khairul Fahmi (C) saves the ball from  Indonesia's wing back Arif Suyono during their second leg final of the  AFF Suzuki Cup 2010 in Jakarta on December 29, 2010.
Malaysia's goalkeeper Khairul Fahmi (L) saves the ball against  Indonesia's wing back Arif Suyono during their second leg final of the  AFF Suzuki Cup 2010.
Malaysia's Mohd Safee, left, fights for the ball with Indonesia's  Zulkifli Syukur, second left, during the second leg of their AFF Suzuki  Cup soccer final matches at Gelora Bung Karno stadium in Jakarta,  Indonesia, Wednesday, Dec. 29, 2010.
Malaysia's Mohamad Ashari Samsudin scores the team's second goal against Indonesia during their final first leg match of the ASEAN Football Federation (AFF) Suzuki Cup 2010 soccer tournament in Kuala Lumpur December 26, 2010.
Malaysia's Mohammad Safee celebrate his goal during play against Indonesia in the final first leg match of the ASEAN Football Federation (AFF) Suzuki Cup 2010 soccer tournament in Kuala Lumpur December 26, 2010.
Malaysia's Mohamad Ashari (L) celebrates his goal with teammate Kunanlan Subramanian during play against Indonesia in the final first leg match of the ASEAN Football Federation (AFF) Suzuki Cup 2010 soccer tournament in Kuala Lumpur December 26, 2010.
Malaysian fans hold their national flags before the final first leg match between Indonesia and Malaysia during the ASEAN Football Federation (AFF) Suzuki Cup 2010 soccer tournament in Kuala Lumpur December 26, 2010.

SERANGAN BOM TAHUN BARU DI AFGHANISTAN...?




At least 14 Afghan civilians, including women and children, have been killed in a roadside bombing in the southern Helmand province.
The bomb struck a minibus travelling on the main road that connects the Sangin district to the major city of Kandahar on Thursday. Several civilians were also wounded.
Ghulam Haidar, who said two of his brothers died in the attack, told the Associated Press news agency that the bus was transporting residents to a nearby market.
"There was a huge blast ... body parts were scattered far away," he said.
Daud Ahmadi, a spokesman for the Helmand provincial government, blamed the Taliban for the attack. The Taliban denied that allegation.

Sumber: Aljazeera.net, 2/1/2011

URUT TANDUK SELADANG...?


SEBAHAGIAN peralatan yang digunakan Pak Jang dan Roslan ketika mengurut pesakit yang dibeli dari Indonesia dan China malah ada yang dihasilkan sendiri.
Peralatan mengurut yang diperbuat daripada tanduk seladang telah digunakan oleh Pak Jang dan keberkesanannya memang terbukti.

Sumber: Kosmo! Online, 2/1/2011

MAKAN TELUR CACING UNTUK KURUS...?



XIAMEN - Ramai mahasiswi di China sanggup menelan telur cacing gelang supaya mereka kelihatan langsing ketika sesi temu duga, lapor sebuah akhbar semalam.
Tindakan ekstrem itu dilakukan berikutan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan bagi golongan wanita di bandar raya ini, wilayah Fujian, tenggara China.
Telur-telur itu akan menetas di dalam perut dengan cacing-cacing gelang itu memakan zat makanan di dalam perut sekali gus menjadikan mereka kurus tanpa senaman atau diet.
Namun, pakar-pakar kesihatan memberi amaran cara tersebut boleh memudaratkan kesihatan.
Sumber: Kosmo! Online, 2/1/2011

KAMERA PILIHAN PENULIS...?

Sekarang ini penulis memiliki kamera DSLR Canon D1000 dan bercadang untuk mendapatkan yang baru dan lebih terkini. Di dalam kepala penulis, satu jenama sahaja yang menjadi impian:-

  1. Kamera DSLR Canon 60D


Spesifikasi Canon 60D:-

  • Skrin laras pelbagai sudut ( vari-angle )
  • Skrin boleh lipat
  • CMOS 18 mega piksel
  • Rakaman video HD - 24 frame sesaat
  • ISO sehingga 12,800 - boleh merakam dalam keadaan tanpa cahaya

LIVERPOOL MENANG 2 - 1...?

KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS 1/1/2011:

  • WEST BROM VS MANCHESTER UNITED: 1 -2
  • LIVERPOOL VS BOLTON: 2 - 1
  • MAN. CITY VS BLACKPOOL: 1 - 0
  • STOKE CITY VS EVERTON: 2 - 0
  • SUNDERLAND VS BLACKBURN: 3 - 0
  • TOTTENHAM VS FULHAM: 1 - 0
  • WEST HAM VS WOLVES: 2 - 0
  • BIRMINGHAM VS ARSENAL: 0 - 1
West Brom vs Manchester United
Javier Hernandez heads home to restore Manchester United's lead

ANGKARA GAGAL DI FINAL...?

Ketua Umum PSSI didesak letak jawatan

JAKARTA - Kegagalan pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia meraih trofi Piala Suzuki AFF 2010 Rabu lalu, menyebabkan Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Nurdin Halid didesak supaya mengundurkan diri.
Tekanan hebat diberikan pelbagai pihak agar Nurdin segera meninggalkan kerusi yang mula didudukinya itu sejak Oktober 2003.
Ribuan penyokong pasukan Garuda membuat desakan itu dengan memegang sepanduk-sepanduk serta mengedarkan risalah-risalah menuntut perubahan jawatan tertinggi dalam PSSI di persekitaran Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 2/1/2011

Komen penulis: Saudara Nurdin Halid sepatutnya memohon bantuan bomoh bagi menghadapi saat sukarnya....?

PELAKON MUDA MENINGGAL...?

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia

01/01/2011 5:58pm

KUALA LUMPUR 1 Jan (Bernama) — Pelakon, Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di sini akibat serangan jantung.
Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.
Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan. — Bernama

Sumber: Utusan Malaysia Online, 2/1/2011

SAINTIS ISLAM YANG DILUPAKAN...?

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekian makhluk. Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang maha pemurah; yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya,"
(Surah al-Alaq: Ayat 1 - 5)

Melalui wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W inilah yang menjadi nadi dan penggerak utama kepada ilmuwan dan cendekiawan Islam pada zaman dahulu menjalankan kajian demi kajian sehingga mencapai tamadun yang gemilang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.

Contoh nama-nama besar yang lahir ketika itu seperti :-
  • Ibnu Sina terkenal dengan Sains Perubatan (Sehingga kini bukunya masih digunakan oleh saintis Barat)
  • Ibnu Haitham terkenal dalam bidang optik;
  • Al-Khawarizmi termasyhur dengan ilmu Matematik;
  • Al-Biruni dikenali dengan bidang astronomi
Namun, apa yang menyedihkan ialah tokoh-tokoh Islam yang berjasa ini sesetengahnya langsung tidak diketahui sejarah kehebatannya oleh umat Islam sendiri kerana telah diputarbelitkan oleh sarjana Barat. Bukan sahaja hasil penyelidikan mereka dicuri Barat ketika Perang Salib malah nama-nama tokoh Islam ini ditukar untuk menghilangkan identitinya yang sebenar. Contoh tokoh-tokoh Islam yang dinafikan kehebatannya dengan cara menukarkan nama mereka kepada nama yang asing bagi seseorang yang beragama Islam, antaranya ialah:-
  • Ibnu Sina kepada Avicenna
  • Al-Biruni kepada Alberuni
  • Al-Battani kepada Albetagnius
  • Ibnu Haitham kepada Alhazen
  • Al-Khindi kepada Alkindus
  • Ibnu Rushd kepada Averroes 
         Ibnu Sina                                Al-Biruni                            Ibnu Haitham
             Al-Batani                           Al-Khawarizmi                  Al-Khindi

    01 Januari 2011

    REMPUH SEKATAN, SEORANG PGA CEDERA PARAH...?

    Anggota PGA cedera parah dirempuh kereta


    GEORGETOWN - Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera parah selepas sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol merempuh sekatan jalan raya di Jalan Paya Terubong, menghala Balik Pulau, di sini malam tadi.
    Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, dalam kejadian kira-kira 12.30 malam itu, Kpl Amirrul Fitri Norrizat tersepit di antara dua pacuan empat roda Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diletakkan di bahu jalan akibat rempuhan itu.
    Seorang penunggang motosikal berusia 20 tahun yang sedang menunggu giliran untuk diperiksa dalam sekatan itu turut dirempuh yang menyebabkannya tercampak manakala motosikalnya diheret sejauh 150 meter, katanya.
    Katanya Amirrul Fitri, 25, dari Batalion 1, PGA, Ulu Kinta, Perak mengalami kecederaan parah pada paha kanannya manakala penunggang motosikal terbabit hanya mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang. - Bernama
    Sumber: Kosmo! Online, 1/1/2011

    KEGAGALAN SEPAKAN PENALTI VERSI KOMPAS.COM...?


    Firman Utina...?

    JAKARTA, KOMPAS.com- Pertanyaan para penggemar sepakbola seputar kegagalan tembakan pinalti kapten timnas Indonesia Firman Utina membobol gawang Malaysia sedikit terkuak. Setidaknya, itu berasal dari penjaga gawang Malaysia Khaerul Fahmi yang bermain cemerlang malam itu.
    "Aku memang sudah tahu Firman akan menendang ke arah kiriku. Ini karena Pelatih Rajagobal sudah memberitahu kami kalau dia memang seringkali menendang ke arah situ," beber Fahmi.
    Fahmi memang memuji Rajagobal sebagai satu faktor mengapa timnya bisa menajdi juara. Dan dia pun merasa beruntung telah menuruti instruksi pelatihnya itu terkait penalti Firman.
    "Pelatih telah mengkaji sepakan penalti Firman dan pemain Indonesia lain, dan itu jelas sangat membantuku," sambung dia seperti dikutip Soccer.
    Seperti diberitakan, Firman Utina gagal menciptakan gol bagi timnas Indonesia melalui tendangan pinaltinya ketika melawan Malaysia di babak final leg kedua Piala AFF 2010 di Stadion Utama Gelora Bung Karno. Kegagalan ini banyak diyakini menjadi penentu kegagalan Indonesia meraih Piala AFF 2010.
    Banyak pihak meyakini, kalau saja pinalti Firman Utina itu membuahkan gol, maka hasil akhir pertandingan akan sangat lain, sehingga Indonesia bisa juara.

    Sumber: Kompas.com, 1/1/2011

    3 MAUT KEMALANGAN DI SUNGAI LEBEY...?



    GERIK 30 Dis. - Sepasang suami isteri adalah antara tiga orang yang maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta lain di Kilometer 10.9 Lebuh Raya Timur-Barat dekat Sungai Lebey di sini semalam. Kemalangan berlaku pukul 5 petang itu turut mengakibatkan salah sebuah kereta terbabit terbakar. Mangsa yang maut ialah Quah Beng Oun, 37, dan isterinya, Heng Soo Kiau, 35, serta Syed Azmi Syed Hasyim, 54.
    Dua orang anak pasangan itu, Quah Chun Wei, 8, dan Quah Wi Peng, 9, parah di badan dan dirawat di Hospital Taping (HT).
    Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Wan Jamil Wan Chik berkata, kejadian itu berlaku apabila kereta Kia Spectra dipandu Syed Azmi terbabas ke kanan jalan.
    Menurutnya, kenderaan itu kemudian bertembung dengan kereta Perodua Myvi yang dipandu oleh Beng Oun.

    Sumber: Utusan Malaysia Online, 1/1/2011

    SELAMAT DATANG 2011...?

    Selamat Tahun Baru semoga 2011 menjanjikan lebih sejuta kejayaan, sejuta kemenangan, sejuta kegembiraan, sejuta kebahagiaan dan sejuta keberkatan. Insya-Allah.

    Untuk Anis di Rochester, New York: Belajar rajin-rajin dan cubalah jadi manusia yang terbaik serta pastikan nama keluarga terbela...
    Selamat Tahun Baru Annniiiiss.....!