PILIHANKU

TAJAAN

01 Januari 2011

REMPUH SEKATAN, SEORANG PGA CEDERA PARAH...?

Anggota PGA cedera parah dirempuh kereta


GEORGETOWN - Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera parah selepas sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol merempuh sekatan jalan raya di Jalan Paya Terubong, menghala Balik Pulau, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, dalam kejadian kira-kira 12.30 malam itu, Kpl Amirrul Fitri Norrizat tersepit di antara dua pacuan empat roda Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diletakkan di bahu jalan akibat rempuhan itu.
Seorang penunggang motosikal berusia 20 tahun yang sedang menunggu giliran untuk diperiksa dalam sekatan itu turut dirempuh yang menyebabkannya tercampak manakala motosikalnya diheret sejauh 150 meter, katanya.
Katanya Amirrul Fitri, 25, dari Batalion 1, PGA, Ulu Kinta, Perak mengalami kecederaan parah pada paha kanannya manakala penunggang motosikal terbabit hanya mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang. - Bernama
Sumber: Kosmo! Online, 1/1/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan