PILIHANKU

TAJAAN

02 Januari 2011

SAINTIS ISLAM YANG DILUPAKAN...?

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekian makhluk. Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang maha pemurah; yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya,"
(Surah al-Alaq: Ayat 1 - 5)

Melalui wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W inilah yang menjadi nadi dan penggerak utama kepada ilmuwan dan cendekiawan Islam pada zaman dahulu menjalankan kajian demi kajian sehingga mencapai tamadun yang gemilang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.

Contoh nama-nama besar yang lahir ketika itu seperti :-
  • Ibnu Sina terkenal dengan Sains Perubatan (Sehingga kini bukunya masih digunakan oleh saintis Barat)
  • Ibnu Haitham terkenal dalam bidang optik;
  • Al-Khawarizmi termasyhur dengan ilmu Matematik;
  • Al-Biruni dikenali dengan bidang astronomi
Namun, apa yang menyedihkan ialah tokoh-tokoh Islam yang berjasa ini sesetengahnya langsung tidak diketahui sejarah kehebatannya oleh umat Islam sendiri kerana telah diputarbelitkan oleh sarjana Barat. Bukan sahaja hasil penyelidikan mereka dicuri Barat ketika Perang Salib malah nama-nama tokoh Islam ini ditukar untuk menghilangkan identitinya yang sebenar. Contoh tokoh-tokoh Islam yang dinafikan kehebatannya dengan cara menukarkan nama mereka kepada nama yang asing bagi seseorang yang beragama Islam, antaranya ialah:-
  • Ibnu Sina kepada Avicenna
  • Al-Biruni kepada Alberuni
  • Al-Battani kepada Albetagnius
  • Ibnu Haitham kepada Alhazen
  • Al-Khindi kepada Alkindus
  • Ibnu Rushd kepada Averroes 
         Ibnu Sina                                Al-Biruni                            Ibnu Haitham
             Al-Batani                           Al-Khawarizmi                  Al-Khindi

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan