Kematian keganasan etnik di Kyrgyzstan meningkat 41 orang
12/06/2010 4:08am
BISHKEK, Kyrgyzstan 12 Jun – Jumlah korban dalam keganasan etnik di Kyrgyzstan terus meningkat dengan angka terbaru awal pagi ini bertambah kepada 41 orang dan mencederakan seramai 624 yang lain.
Rusuhan di Osh iaitu bandar raya kedua terbesar Kyrgyzstan ialah susulan daripada pemberontakan berdarah yang bermula sejak bekas Presiden Kurmanbek Bakiyev diguling dan melarikan diri pada April lalu.
Konflik dendam antara etnik Kyrgyz dengan etnik minoriti Uzkeks itu menyaksikan penglibatan pihak berkuasa kedua-dua pihak yang saling berbalas tembakan. – AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan