PILIHANKU

TAJAAN

28 Mei 2010

ISU LOMPAT KATAK BERTERUSAN...?


Insiden Keluar PKR Bimbangkan Dap, Pas...?

May 28th, 2010 | By administrator | Category: Utama
KOTA BHARU, 28 Mei – PKR mengakui menerima kesan buruk terhadap imej dan keutuhan partinya berikutan beberapa pemimpin mereka keluar parti  menjadi wakil rakyat bebas atau masuk parti lain.
Malah kata Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, Dap dan Pas berasa bimbang dan risau dengan perkembangan itu.
Beliau berkata, untuk jangka pendek tindakan beberapa pemimpin partinya dan pemimpin pakatan pembangkang keluar daripada parti memberikan kesan negatif kepada pakatan pembangkang dan parti.
“Memang kita akui mereka yang lompat katak ini adalah mereka yang kecewa. Kita akui laporan berita mengenai mereka yang lompat parti memberikan kesan negatif kepada kita,” katanya ketika berucap merasmikan Kongres Angkatan Muda dan Wanita PKR, di sini semalam.
Syed Husin berkata demikian berikutan beberapa orang pemimpin parti pembangkang yang menjadi Adun didakwa akan melompat parti sehingga menggoyahkan kerajaan negeri Kedah pimpinan Pas.
Antara pemimpin Kedah yang disebut-sebutkan akan meninggal parti ialah Adun Kulim daripada PKR, Lim Soo Nee kerana alasan kecewa dengan kepimpinan dalaman PKR dan juga pakatan pembangkang.
Syed Husin berkata, kebanyakan pemimpin melompat parti kerana masalah peribadi termasuk masalah kewangan, gagal dapat apa yang dihajati daripada parti, tiada kerjasama daripada anggota parti dan gagal berkhidmat kepada rakyat.
Sehubungan itu pihaknya meminta pemimpin parti mengadakan muhasabah untuk menilai punca kejadian lompat katak dan membetulkan perkara itu dengan segera. -MediaUMNO/Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan