PILIHANKU

TAJAAN

31 Mei 2010

SAYA TAK TAHU...?


Pas Tidak Tahu, Belum Bincang TPM II -Hadi

May 30th, 2010 | By administrator | Category: Berita Pilihan
ISU PELANTIKAN TPM II
DENGKIL, 30 Mei – Memang bukan  dalam rancangan, bukan  dalam kesepakatan pakatan pembangkang, cuma tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tarik perhatian  dalam kongres PKR kali ini.
Apabila ditanya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau berkata dia tidak mengetahui  janji Anwar bagi mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II untuk pemimpin Dap sekiranya pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Malah beliau berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam pakatan itu.
“Saya tak tahu, kita belum bincang. Itu pandangan peribadi dia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas menyaksikan majlis pecah tanah projek pembinaan Kompleks Pas yang bernilai RM30 juta di Paya Indah, di sini hari ini.
Sumber : Ubah suai daripada Blog UMNO Online, 30/5/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan