PILIHANKU

TAJAAN

29 Mei 2010

UCAPAN DASAR: Keadilan 'pilihan rakyat'...?



Ucapan Dasar Presiden Memacu KEADILAN Sebagai Parti Pilihan Rakyat

KOTA BHARU 29 Mei -Isu yang dilontarkan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasarnya tepat pada masanya kerana KEADILAN dilihat sebagai parti masa depan.
Naib Presiden Azmin Ali berkata isu yang akan dibahaskan para perwakilan mencakupi pelbagai bidang iaitu isu politik semasa, isu rakyat seperti ekonomi, keselamatan  dan hubungan antarabangsa bagi menyiapkan parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
"Rakyat umumnya mengetahui bahawa dasar yang dibawa oleh Umno-Barisan Nasional adalah dasar lapuk dan ini memberi peluang kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat mencetuskan idea-idea baru.
"Isu yang dibangkitkan presiden memberikan halatuju yang jelas kepada para perwakilan bahawa dasar ini adalah yang akan diterima pakai dan diperkemaskan dari masa ke semasa supaya KEADILAN kekal relevan dengan keperluan di dalam negara dan di rantau ini.
Ketika ditanya berhubung perbahasan perwakilan petang tadi yang hangat membincangkan isu kerajaan negeri Pakatan Rakyat  berkata ini menunjukkan KEADILAN tidak menghalang kebebasan para perwakilan memberikan teguran dan kritikan kepada barisan kepimpinan dan parti.
"Ini penting kerana sebelum kita dapat menyakinkan rakyat tentang kemampuan kita untuk memimpin Putrajaya, rakyat ingin melihat apa kejayaan yang telah dicapai di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
"Maka teguran itu penting untuk memastikan pimpinan di empat buah negeri ini benar-benar memperterjemahkan manisfesto yang telah dijanjikan sebelum ini.
Tambah beliau, Ini merupakan kayu ukur kepada rakyat dalam pilihan raya akan datang untuk menyakin rakyat kita mampu menguruskan kerajaan dan urus tadbir yang telus.
Justeru itu, jelas Azmin lagi, Menteri Besar, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan harus meningkatkan prestasi mereka bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Sumber: Suara Keadilan.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan