PILIHANKU

TAJAAN

10 Oktober 2010

DATUK EDMUND MAUT KEMALANGAN MOTOR...?

Ahli Parlimen Batu Sapi maut

KOTA KINABALU 9 Okt. - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah (gambar), 54, terbunuh apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di sini hari ini.
Kejadian berlaku pukul 11.40 pagi ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki 750cc terbabit dalam kemalangan di Jalan Coastel Tanjung Aru-Kota Kinabalu, berhampiran Apartmen Graceville di sini.
Berikutan kemalangan itu, wakil rakyat tersebut tercampak kira-kira lima meter ke laluan bertentangan selepas dipercayai merempuh besi penghadang jalan.
Edmund dikatakan mengalami kecederaan serius di muka dan kepala berikutan kemalangan itu.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 10/10/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan