PILIHANKU

TAJAAN

23 Oktober 2010

KERETA BANDAR...?


Lotus City Car
Semua orang tahu yang Lotus merupakan pengeluar kereta sports mewah tetapi kini syarikat itu ingin mempelbagaikan keluarannya dengan memperkenalkan kereta konsep Lotus City Car pada Pameran Motor Paris, baru-baru ini.
Kereta hibrid seberat 1,400 kilogram (kg) itu mempunyai tiga pintu, empat tempat duduk, enjin berkuasa petrol dan juga motor elektrik untuk menggerakkan kenderaan.
Kereta hibrid ini mempunyai kemampuan memecut sehingga 100 km/sejam (km/j) dalam masa sembilan saat dan apabila bergerak menggunakan motor elektrik, sudah tentu ia tidak mengeluarkan asap.
Ketua jurutera Lotus, Wolf Zimmerman berkata, syarikat itu masih mencari rakan perniagaan untuk mengeluarkan kereta yang mempunyai persamaan dengan Aston Martin Cygnet ini menjelang 2014.
“Lotus Design telah mencipta kereta yang memanfaatkan kelebihan kejuruteraan Lotus dari segi reka bentuk kepada penghasilan kereta bandar yang kurang mencemarkan alam,” kata Ketua pegawai eksekutif Lotus Group, Dany Bahar dalam satu kenyataan akhbar.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 23/10/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan