PILIHANKU

TAJAAN

30 Oktober 2010

NEGARA RUGI RM9 BILION...?

6,745 rakyat Malaysia maut nahas jalan raya pada 2009...
Kita sering kali kesedihan apabila memikirkan nasib rakyat Palestin yang sentiasa menjadi mangsa senapang makhluk tidak bertamadun, Israel. Boleh dikatakan saban hari berita kematian rakyat Palestin menghiasi persada akhbar angkara kezaliman Israel, tidak kira kanak-kanak, remaja atau warga tua. Mereka dilayan bagai binatang yang tiada harga diri. Namun sedarkah kita, betapa rakyat Malaysia juga dibunuh setiap hari. Cuma yang berbezanya ialah rakyat kita dibunuh oleh kecuaian dan kemalangan di jalan-jalan raya. Purata rakyat Malaysia yang menemui ajal di jalan raya adalah 7 orang bagi setiap hari. Pada tahun 2009, seramai 6,745 orang rakyat Malaysia terbunuh dalam nahas jalan raya dan dianggarkan negara telah kerugian RM9 bilion kerana angkara tersebut.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan