PILIHANKU

TAJAAN

10 Oktober 2010

PMR DIHAPUSKAN 2016...?

Tiada lagi PMR pada 2016

SYDNEY 9 Okt. - Kementerian Pelajaran hari ini memutuskan tidak akan meneruskan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dalam formatnya sekarang tetapi diubah menggunakan format baru melalui penilaian berasaskan sekolah.
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pula akan diteruskan tetapi dengan penambahbaikan bentuk dan komposisi subjek.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perubahan format baru bagi kedua-dua peperiksaan itu akan berkuat kuasa serentak pada peperiksaan 2016.
Menurutnya, kitaran kepada perubahan dasar dalam dua peperiksaan itu akan mengambil masa enam tahun dan bermula serentak pada kohort sesi persekolahan 2011.
Muhyiddin juga tidak menolak kemungkinan satu nama baru akan menggantikan PMR pada 2016 nanti.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 10/10/2010

Komen penulis: Penilaian berasaskan sekolah ada buruknya.... nilai kesahan keputusan amat diragui. Lihat apa terjadi kepada Ujian Lisan Bahasa Melayu PMR dan SPM...?

1 ulasan: