PILIHANKU

TAJAAN

26 Ogos 2011

HARAM ATAU HALAL...?


Kartun Utusan Online, 25/8/2011
"Sekejap ada, sekejap tak ada", Hangat-hangat tahi ayam, begitulah rumusan terbaik yang patut kita berikan kepada pihak yang bertanggungjawab menjaga kebajikan umat Islam di Malaysia. Kita gah mewara-warakan, bahawa negara kita telah menjadi pusat pengeluar barangan halal terbesar di dunia, padahal isu halal haram barangan makanan seharian umat Islam pun belum selesai,  kita sering dipersenda...?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu ramuan untuk membuat kek mengandungi daging babi...! Betapa ramainya orang Islam yang telah termakan benda haram itu tanpa disedari dek kelemahan pihak yang diberikan tanggungjawab. Dulu pun pernah timbul isu ayam yang dicucuk, bukan disembelih, kilang bihun yang bersebelahan dengan kandang babi, dan macam-macam lagi. Apakah tindakan yang telah diambil...? Atau kita mahu menunggu semua umat Islam di negara kita menjadikan bahan haram sebagai juadah harian...?

Mana JAKIM, mana Majlis Agama Negeri...???

2 ulasan:

  1. Memang banyak yang haram,kalau nak diikutkan senarai yamg dikeluarkan oleh PPIM , di mana tanggungjawab pihak berkuasa dalam hal halal dan haram ini, seluruh umat Islam yang menjadi mangsa dalam keadaan ini. Cakap sikit Hab Halal tapi banyak yang tak halal. Apa nak jadi?

    BalasPadam
  2. Pihak bertanggungjawab mesti bertindak tegas terhadap mereka yang mempersenda umat Islam. Jika tidak, maruah Islam hanya berada di tapak kaki mereka. jangan cakap saja tapi tindakan tak seberapa....!

    BalasPadam