PILIHANKU

TAJAAN

09 Oktober 2011

SABUNG NYAWA KERANA RM12.00...?



NANJING 8 Okt. - Aksi seorang wanita, Ma Jei memanjat dinding tembok sebuah istana di timur China setinggi 21 meter bagi mengelak untuk membayar yuran masuk sebanyak 24.79 yuan (RM12.27) mengejutkan pelancong.
Jei yang memanjat tanpa bantuan tali atau peralatan keselamatan memberitahu, dia membesar di Nanjing, wilayah Jiangsu dan memanjat Istana Zhonghau itu sejak kecil dan tidak pernah membayar yuran masuk.
Bagaimanapun, beberapa orang pelancong yang cuba meniru aksi wanita tersebut mengakibatkan dua orang daripada mereka, jatuh dan patah kaki manakala tiga orang lagi perlu diselamatkan oleh polis.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 9/10/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan