PILIHANKU

TAJAAN

30 Ogos 2010

NAMEWEE PATUT HUKUM BUANG NEGERI...?

Perkasa cadang Namewee dibuang negeri

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Kerajaan digesa mengambil tindakan undang-undang termasuk 'buang negeri' ke atas Wee Meng Cheng atau dikenali sebagai 'Namewee' ekoran perbuatannya menerbitkan klip video berbaur perkauman.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan tegas perlu diambil bagi membuktikan kerajaan sememangnya menangani isu-isu perkauman secara serius.

Beliau berkata, apa yang dilakukan Namewee merupakan satu bentuk provokasi yang disengajakan selain jelas menunjukkan pemuda itu tidak insaf meskipun pernah memohon maaf atas kesalahannya mengubah lirik lagu Negaraku kepada Negarakuku suatu ketika dahulu.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 30/8/2010

1 ulasan:

  1. Lucu kerana masyarakat Melayu tidak hanya membiarkan Namewee bebas tanpa rasa takut. Mungkin ini seperti diberi madu dibalas tuba. Harap kepada geng tiga line jangan hanya setakat tampal dikereta sahaja. Buktikan apa yang diperjuangkan

    BalasPadam