PILIHANKU

TAJAAN

28 Ogos 2010

TOK GURU PERTAHAN USTAZAH DAP...?

Isu tazkirah dalam surau: Nik Aziz pertahan Teo

28/08/2010 10:28pm

KOTA BHARU 28 Ogos — Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan masyarakat bukan Islam kepada Islam.
"Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 28/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan