PILIHANKU

TAJAAN

05 Disember 2011

ADIK APEX MENINGGAL KERANA DENGGI...?


KOTA BHARU _ Adik kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fami Che Mat meninggal dunia akibat demam
panas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini kira-kira pukul11.30 pagi ini.

Mohd. Izat, 16, meninggal dunia selepas 23 hari dirawat di dua buah hospital iaitu di HUSM dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Khariul Fahmi atau Apex tiba di rumah keluarganya di Wakaf Mek Zainab kira-kira pukul 5 petang tadi.
Sejurus selepas itu, jenazah allahyarham yang juga anak sulung kepada isteri kedua, Che Mat Hussin itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab.
Khairul Fahmi yang ditemui ketika pengkebumian tersebut berkata, kali terakhir beliau menemui adiknya itu Khamis lalu.
“Saya berasa sedih dengan pemergiannya. Dia sangat meminati bola sepak tetapi kurang pandai bermain.
“Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izat ketika dia dimasukkan ke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji.
“Keadannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika sedang menghadapi Sukan Sea di Jakarta,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan