PILIHANKU

TAJAAN

07 Januari 2011

PEMAIN PIALA SUZUKI DI SERI PERDANA...?

malaysia menang Aff cup

PM rai wira bola sepak Piala Suzuki AFF Rabu ini

KUALA LUMPUR - Semua wira bola sepak negara yang membawa Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama bulan lalu, bakal diraikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di kediaman rasmi beliau, Rabu depan.
Malah, selain diraikan dalam satu majlis makan tengah hari di Seri Perdana, Putrajaya, Perdana Menteri juga dijangka mengumumkan ganjaran yang bakal dinikmati oleh 22 orang pemain negara hasil kejayaan menundukkan Indonesia pada perlawanan akhir.
"Skuad bola sepak yang menjulang Piala Suzuki AFF akan diraikan oleh Perdana Menteri pada 12 Januari ini dan selepas majlis tersebut, semua pemain mendapat penghormatan untuk makan tengah hari di Seri Perdana.
"Ganjaran yang bakal dinikmati mereka hasil kejayaan muncul juara juga akan diumumkan pada majlis berkenaan,'' kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada sidang akhbar di Menara KBS, Putrajaya semalam.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 7/1/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan