PILIHANKU

TAJAAN

14 Jun 2010

SHAHIR: TAK AKAN LUPA DIRI...?

Janji tak lupa diri




JIKA ditanya siapa penyanyi yang paling popular pada ketika ini, pasti ada yang menyebut namanya. Juara yang diangkat menerusi program realiti Akademi Fantasia (AF) musim kelapan baru-baru ini.
Bintang Shahir berkerlipan dan tak hairanlah jika namanya kini cukup popular dan ditambah pula dengan bakat yang semakin bersinar menjadikan dirinya ditatang bagai minyak yang penuh.
Malah jejaka yang baru menginjak usia 22 tahun itu juga dikatakan mempunyai aura dan bakat besar walaupun tidak sampai tahap mencetuskan tsunami seperti mana yang telah berlaku dalam AF3 yang lalu.
Dalam meniti perjalanan seni yang penuh dengan liku ini, Shahir boleh menarik nafas lega apabila lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan yang dinyanyikan semasa konsert akhir AF8 yang lalu kini sedang rancak dimainkan di stesen-stesen radio.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan