Akok Berlauk merupakan sejenis makanan tradisional Terengganu dan Kelantan. Merupakan sejenis kuih seperti bahulu tetapi mempunyai inti daging di dalamnya. Tidak tahan lama kerana daging intinya cepat basi.
Resepi:-
Kulit luar
- 4 biji telur ayam Gred A
- 1 sudu makan gula castor
- 50 gm tepung gandum
- 1 sudu kecil ovalette
- 25 gm mentega cair
[sunting]Inti
- Serunding Daging
[sunting]Cara membuatnya
Telur dipukul dan dicampur tepung gandum, ovalette dengan gula hingga kembang dan pekat. Panaskan mentega hingga cair hingga serata. Tuang doh dalam acuan separuh kemudian letakkan serunding, dan penuhkan acuan dengan doh. Bakar selama 25 minit pada suhu 180'C. Tekstur kuih ni ringan seperti kek chifon.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan