JAKARTA: Polis masih belum menerima maklumat mengenai penyebar pertama video porno yang membabitkan artis terkenal Indonesia, Ariel ‘Peterpan’, serta pelakon dan model, Luna Maya dan Cut Tari.
GAMBAR ILUSTRASI... ARIEL bersama dua artis yang dikaitkan dalam video lucah.
Dalam pada itu, Ariel yang sudah digelar Ariel ‘Peterporn’ selepas video lucah itu tersebar, mengambil sikap berdiam diri selepas disoal siasat oleh polis, semalam.
Dia dan Luna yang disoal selama kira-kira dua setengah jam enggan bercakap kepada wartawan yang menanti mereka di luar balai polis di Jakarta. Sementara itu, pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan menggesa polis supaya turut menyiasat suami Cut, Yusuf Subrata berhubung video berkenaan.
Farhat Abbas dari Lembaga Sosial Masyarakat Jamin Rakyat berkata, tindakan Yusuf berdiam diri tidak boleh diterima walaupun dia bertindak demikian untuk menutup aib isterinya.
Farhat turut mengesyorkan supaya polis memeriksa kesihatan Ariel, Luna dan Cut memandangkan apa yang mereka lakukan membabitkan seks bebas yang jika dibiarkan akan menyebabkan virus tersebar luas. — Agensi
Sumber: Berita Harian Online, 13/6/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan