Tiga murid sekolah rendah dikenal pasti dirogol pemandu bas
29/07/2010 9:41pm
KUALA LUMPUR, 29 Julai - Sekurang-kurangnya tiga orang murid perempuan sekolah rendah di Petaling Jaya telah dikenal pasti menjadi mangsa rogol seorang pemandu bas sekolah yang ditahan Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata, ketiga-tiga orang mangsa dipercayai dirogol pada hari berlainan ketika menjadi penumpang terakhir bas sekolah terbabit.
"Hasil siasatan polis mendapati tiga orang kanak-kanak sekolah rendah yang salah seorang berusia 10 tahun, menjadi mangsa rogol lelaki berusia 51 tahun itu di dalam bas berkenaan ketika pulang dari sekolah,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Beliau berkata, polis kini sedang mengambil keterangan ketiga-tiga orang mangsa untuk membantu siasatan selain mendapat gambaran sebenar kejadian. - Bernama
Sumber: Utusan Malaysia Online, 29/7/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan