SEREMBAN: Seorang wanita maut akibat tercampak keluar dari kereta Perodua Kancil
yang dinaikinya selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 273.5 Projek
Lebuh raya Utara-Selatan (Plus), dekat sini, kelmarin.
Kejadian dipercayai berlaku selepas kereta Perodua Kancil dinaiki mangsa dilanggar
dari arah belakang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika berada di lorong
kanan menyebabkan kenderaannya gagal dikawal lalu terbabas ke kiri lebuh raya.
Sumber: myMetro, 14/8/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan