TOK JANGGUT MATI SYAHID
Sejarah perjuangan dan pengorbanan Tok Janggut di Pasir Puteh, Kelantan semakin dilupakan. Generasi hari ini mungkin sudah lupa akan sejarah pejuang agama dan bangsa ini dek terpengaruh oleh penulisan sejarah putar belit yang dipelopori sejarawan Barat. Nama sebenar Tok Janggut ialah Hj. Mat Hassan bin Munas. Lahir pada 1853 di Kg. Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. Mendapat pendidikan Pondok di Kelantan sebelum melanjutkan pengajiannya ke Mekah.
Tok Janggut kemudiannya menetap di Kg. Nering, Kelantan sebagai seorang petani dan peniaga. Beliau amat mahir dalam ilmu persilatan. Sejarawan Barat menulis penentangan Tok Janggut bermula pada tahun 1915 apabila pentadbir British di Pasir Puteh memperkenalkan Peraturan Cukai 1915 yang mewajibkan semua petani membayar cukai kepada pihak British. Sejarawan Barat menuduh Tok Janggut sebagai pemberontak dan penjenayah yang mengangkat senjata menentang pihak British yang mahu membawa kemajuan. Tuduhan mereka itu sebenarnya hanya mahu menipu fakta sejarah yang sebenar.
Tok Janggut dan penduduk Pasir Puteh ketika itu menentang pihak British kerana kezaliman mereka mengenakan cukai yang tidak munasabah terhadap petani yang rata-rata dalam kemiskinan dan serba kekurangan.
Satu lagi faktor yang sengaja diketepikan oleh penulis Barat ialah punca sebenar penentangan Tok Janggut dan pengikutnya adalah kerana menyahut seruan Kerajaan Turki Uthmaniah yang diserang oleh Britain dalam Perang Dunia Pertama 1915 supaya semua umat Islam bangun berjihad menentang penjajah Barat. Perjuangan Tok Janggut di Pasir Puteh ketika itu sebenarnya 'JIHAD' menentang kezaliman kafir Barat dan kematian Tok Janggut dan pengikutnya ialah 'mati syahid'.
Tok Janggut bukan penjenayah, Tok Janggut ialah pejuang di jalan Allah yang mati syahid.
Mayat Tok Janggut digantung kepala di bawah.
Mayat pejuang syahid yang dihina penjajah....?
Pusara Tok Janggut kini...?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan