PILIHANKU

TAJAAN

01 Ogos 2010

KEDUDUKAN LIGA SUPER TERKINI: 1 OGOS 2010...?

TotalFormH2H
#TeamMPWDLFADPLast 5 matches
12520326221+4163WWWDL
22517715014+3658WWWDW
32515555424+3050LWWWW
42512494130+1140LWDWL
5Previous rank: 72511594029+1138WWDWL
6Previous rank: 52510783326+737WLDDW
7Previous rank: 6259883223+935LWDLD
8Previous rank: 92586112928+130WLDWW
9Previous rank: 82593132850-2230LLWLL
102578101929-1029LWLDD
11Previous rank: 122576122130-927WLDDW
12Previous rank: 112575133035-526DLLDL
132551191865-4716LLLLW
142524191063-5310DLLLL

KISAH ARIEL BERJANGKIT KEPADA KD...?



KISAH video lucah Ariel-Luna Maya-Cut Tari masih menjadi titik perbualan khalayak. Sudah berbulan-bulan ketiga-tiga orang selebriti Indonesia itu menjadi tumpuan.
Namun, paparan gambar Kris Dayanti atau KD dan kekasihnya Raul Lemos berkucupan mesra berjaya mengubah topik perbualan.
Malah, gambar ciuman terang-terangan yang menunjukkan kasih sayang mereka menjadi kritikan ramai.
KD sudah tidak malu  untuk muncul bermesra-mesraan dengan Raul, lelaki asal Timor Leste yang kini bertakhta di hatinya.
Ciuman yang diberikan oleh Raul tepat ke bibir KD itu berlaku ketika mereka berhadapan media Indonesia pada 21 Julai lalu.
Sumber: Kosmo! Online, 1/8/2010
Komen penulis: Hidup tanpa pegangan mudah dihanyut arus....?

BAYI PEREMPUAN DI KAKI LIMA....?



NIBONG TEBAL - Seorang bayi perempuan berbalut surat khabar dan plastik ditemui ditinggalkan di kaki lima sebuah rumah kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat, dekat sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.56 itu, bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dilahirkan dan ditemui oleh seorang lelaki yang tinggal di rumah kedai itu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supritendan Shafien Mamat berkata, bayi berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Sungai Bakap (HSB) di sini untuk pemeriksaan lanjut.
"Polis menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan dia menemukan bayi perempuan yang masih bernyawa di kaki lima bangunan rumah kedai yang dijadikan tempat tinggalnya.
Sumber: Kosmo! Online, 1/8/2010

TAYANG VIDEO LUCAH KEPADA PELAJAR...?

Ustaz tayang video lucah


INILAH sekolah di Rembau yang didakwa seorang ustaz menayangkan video berunsur lucah kepada murid-muridnya.

REMBAU – Tugas seorang ustaz sepatutnya membimbing murid ke jalan benar melalui pembelajaran agama, tetapi perkara sebaliknya berlaku di sebuah sekolah kebangsaan dekat sini.
Sehubungan itu, seorang ustaz di sekolah itu dikatakan tergamak menayangkan video berunsur lucah kepada murid-muridnya.
Sehubungan itu, seorang bapa yang diberitahu oleh anaknya mengenai perangai buruk ustaz itu tampil membuat laporan polis pada Khamis lalu.
Kosmo! Online, 1/8/2010

DUA A DALAM FAM...?

Visi bersama - Timbalan Presiden

TENGKU Abdullah bersalaman dengan Annuar Musa selepas kedua-duanya memenangi jawatan Timbalan Presiden FAM pada pemilihan kongres Tahunan FAM ke-47 di Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM - Ada satu perkara menarik melihat kepada gandingan baru Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, selain mempunyai persamaan pada pangkal abjad huruf A di permulaan nama, kedua-dua mereka kelihatan senada dalam memberikan pandangan.
Ini kerana ketika ditanya oleh wartawan apakah visi Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tan Sri Annuar Musa dalam jawatankuasa FAM penggal 2010-2014, mereka berdua secara jelas mahu mengutamakan semangat kerja berpasukan.
Malah, Tengku Abdullah berkata tidak adil jika hanya beliau menyampaikan visinya sendiri tanpa mengambil kira pandangan ahli jawatankuasa yang lain.
''Dalam barisan kepimpinan FAM kali ini, masing-masing cukup arif dalam sukan bola sepak dan mereka ada matlamat tersendiri.
''Selepas berbincang dengan ayahanda, Sultan Ahmad Shah dan barisan kepimpinan baru. barulah boleh nyatakan apa visi bersama kami dalam membangunkan sukan bola sepak di negara ini,'' kata baginda pada sidang media selepas pengumuman keputusan pemilihan Kongres FAM kali ke-47, semalam.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 1/8/2010

SELANGOR JUARA LIGA SUPER 2010...?


Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali kedua berturut-turut apabila menewaskan Terengganu 2-0 di Stadium Shah Alam. 31 Julai 2010. - Utusan/IZHAM JAAFAR



KUALA LUMPUR - Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan Terengganu di Stadium Shah Alam, semalam.
Tiga mata berharga itu sudah cukup buat Selangor menafikan hajat Kelantan selepas memungut 63 mata, meninggalkan Red Warriors, lima mata di belakang dengan baki satu perlawanan.
Kelantan berjaya menundukkan Johor 3-1 di Stadium JCorp, namun kemenangan itu tidak mencukupi untuk menghalang Selangor berpesta di Shah Alam.

KELANTAN DI TEMPAT KEDUA LIGA SUPER 2010

Sumber: Utusan Malaysia Online, 1/8/2010