PILIHANKU

TAJAAN

06 Disember 2010

PENGUMUMAN PENTING

PEMBATALAN PENYERTAAN KE KEJOHANAN HOKI USM-PENANG 2010


Dengan rasa berat hati cikgu mengumumkan bahawa rancangan untuk menyertai Kejohanan Hoki Antarabangsa USM-Penang 2010 terpaksa dbatalkan kerana beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan.

Kepada semua pemain pasukan hoki SMS Tengku Muhammad Faris Petra yang telah tersenarai, dimaklumkan bahawa semua perancangan sebelum, semasa dan selepas kejohanan tersebut dibatalkan.

Cikgu akan menjelaskan punca pembatalan ini secara terperinci ketika permulaan sesi persekolahan 2011 bermula.

Sekian, harap maklum.

05 Disember 2010

TAKUT AL-QAEDA...?


Persiapan Arab Saudi menentang Al-Qaeda...?

LAWATAN MENGEJUT OBAMA DI AFGHANISTAN...?

SERUM ANTIBOTAK...?



ABDUL SAMAD bergambar bersama produk serum keluaran syarikatnya di MAHA 2010 di Serdang semalam.

Tropica Bioherb Industries (Tropica) yang beroperasi di Butterworth sejak setahun lalu telah memperkenalkan krim rawatan rambut sebagai alternatif dalam mengembalikan kesihatan rambut bermasalah.

Sumber: Kosmo! Online, 5/12/2010

LAGI KERETA TERBAKAR...?

Tiga rentung kereta rempuh treler


BEGINILAH keadaan kereta MyVi yang terbakar selepas merempuh treler di Kilometer 241, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara di Rembau semalam.

Sumber: Kosmo! Online, 5/12/2010

BERTUDUNG HANYALAH FESYEN...?



Dulu bertudung...., kini dah buka...?

TAK FAHAM-FAHAM...?


Sumber: Utusan Malaysia Online, 5/12/2010

03 Disember 2010

ANGKARA JEMPUTAN KENDURI KAHWIN...?


Oshine menjadi tumpuan selepas ia muncul sebagai Orang Utan paling gemuk di Britain dengan beratnya mencecah 100 kilogram atau sekali ganda berat Orang Utan biasa.

Sumber: Kosmo! Online, 3/12/2010

LAMBANG ZIONIS DI IRAN...?



TEHERAN - Pemerintah Iran marah selepas imej satelit enjin carian Goggle Earth mendapati terdapat lambang rejim Zionis, Bintang David di atas bumbung ibu pejabat syarikat penerbangan Iran Air, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Pegawai-pegawai Iran telah mengarahkan supaya simbol itu dibuang selepas timbul desas-desus bahawa lambang berkenaan itu sudah ada sebelum Revolusi Islam berlaku pada 1979 di negara berkenaan.
Bintang itu jelas kelihatan berada di bahagian tengah bangunan Iran Air tetapi kesahihannya masih dipertikaikan.
Media Iran mendakwa bangunan tersebut telah dibina oleh para jurutera Israel semasa negara itu diperintah oleh Shah Mohamed Reza Pahlavi.
Sumber: Kosmo! Online, 3/12/2010

HUTAN HAIFA TERBAKAR...?

Foto Aljazeera.Net.

40 terbunuh dalam kebakaran hutan

03/12/2010 3:39am

HAIFA, Israel 3 Dis. – Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam satu kebakaran hutan di utara bandar Haifa hari ini, memaksa Israel meminta bantuan antarabangsa untuk mengawal kebakaran itu.
Menurut sumber polis, sebuah bas membawa pengawal penjara yang bergegas untuk menyelamatkan banduan di sebuah penjara di kawasan kebakaran telah terbakar menyebabkan kesemua pengawal itu terbunuh.
Pegawai berkata, beratus-ratus anggota bomba dikerahkan untuk memadamkan kebakaran itu yang kini telah memusnahkan beratus-ratus hektar hutan. – AFP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 3/12/2010

DSAI SERKAP JARANG...?

Anwar diselar beri maklumat salah di Dewan Rakyat

02/12/2010 6:43pm

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diselar di Dewan Rakyat hari ini kerana memberi fakta tidak tepat mengenai peratusan kemasukan pelajar ke sekolah menengah yang didakwanya jauh lebih rendah berbanding negara-negara lain.
Terkilan dengan kenyataan Anwar itu, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, berdasarkan data terkini, sejumlah 91.5 peratus orang pelajar sekolah rendah di negara ini masuk ke sekolah menengah tahun lepas sedangkan angka yang dinyatakan oleh Anwar adalah 69.1 peratus.
"Saya terkilan apabila Malaysia dikatakan jauh lebih rendah daripada Filipina, Sri Lanka dan sebagainya. Itu tidak betul,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 di peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 2/12/2010

02 Disember 2010

GIGIMU MEMANG MENGANCAM...?

Photo: Lion yawning
This South African lion looks a bit grouchy, but he was actually yawning. His yawning caused a chain reaction of yawns from every member of the pride. Are you yawning yet?

ATLET ANGKAT BERAT SUKAN ASIA...?

Photo: Frog against black background
Hylarana aurata, found in the Foja Mountains of New Guinea, one of the remotest and most difficult to reach places on Earth

MENDARAT DI PANTAI...?

Photo: Jet flying low over a beach
Landing at Princess Juliana International Airport, a looming 747 thrills visitors on Mahó beach, a famous plane-watching spot.

MISI YANG TAK SUDAH...?


Kini terdapat 150,000 orang tentera Amerika dan NATO di bumi Afghanistan...?

ANGKARA WIKILEAKS...?


Julian Assange dan WikiLeaks yang mendedahkan pembohongan Amerika...?

DISKAUN SAMAN TRAFIK...?


Sumber: Laman Web PDRM

RAJAGOPAL YANG GAGAL...?

KUALA LUMPUR - Lawan terlalu hebat atau kalah atas kesilapan sendiri? Apa jua jawapannya, para peminat bola sepak Malaysia harus menelan kepahitan apabila maruah skuad negara dicarik-carik di bumi Jakarta apabila dibelasah 1-5 oleh Indonesia pada perlawanan pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.

Begitulah bunyi komen Utusan Malaysia tentang permainan yang teruk yang telah dipersembahkan kesebelasan Malaysia. Penulis hanya sanggup menonton lebih kurang 35 minit sahaja dan terpaksa menukar chanel tv yang lain kerana tidak sanggup melihat pasukan negara diperbodohkan...?

Penulis berasa hairan bin ajaib apabila penjaga gol 'pendek' Sharbinee Allawee diturunkan. Apakah Rajagopal tidak yakin dengan kebolehan Khairul Fahmi Che Mat yang bermain cemerlang di Sukan Asia baru-baru ini. Aksi penjaga gol pendek yang gagal menyerlah, sentiasa menggelabah dan kelam-kabut itu menjadi penyumbang terbesar kekalahan yang memalukan. Ditambah pula dengan pemain pertahanan baru daripada 'Harimau Muda' iaitu Mohd Muslim Ahmad dan Mohd Fadhli Shas menjadi pelengkap kepada kelemahan pasukan negara.

Sebagai peminat, saya menyalahkan jurulatih Rajagopal yang kononnya bijak mengatur strategi tetapi memakan diri sendiri. Sebenarnya keputusan perlawanan semalam telah menguburkan kembali sisa-sisa harapan negara untuk melakarkan sejarah bola sepak yang lebih baik untuk negara.

Rajagopal, oh... Rajagopal....?

01 Disember 2010

MU GAGAL PERTAHAN PIALA LIGA...?

West Ham belasah Manchester United 

2010/12/01

LONDON: Jonathan Spector dan Carlton Cole masing-masing menjaringkan dua gol untuk West Ham membelasah juara bertahan Manchester United 4-0 dan mara ke peringkat separuh akhir Piala Liga manakala Arsenal turut layak selepas menewaskan Wigan 2-0 pagi tadi. 

Bekas pemain United, Jonathan Spector, menjaringkan gol pada separuh masa pertama sebelum Cole menambah dua lagi gol selepas rehat untuk West Ham yang berada di tempat tercorot Liga Perdana Inggeris.
Jonathan Spector
Gol Jonathan...?

Keputusan suku akhir Piala Liga (Carling Cup):-
  • Arsenal Vs Wigan: 2 - 0
  • West Ham Vs Manchester United: 4 - 0
Sumber: Berita Harian Online, 1/12/2010

BILA DAMAI...?


Pejuang Taliban...?

JENAYAH KEMANUSIAAN KOREA UTARA...?


Latihan bersama tentera Korea Selatan dengan Amerika...?


The South Korean president has labelled North Korea's artillery attack on a southern island a crime against humanity and said Pyongyang will pay the price for any further provocation.   
"North Korea will pay the price in the event of further provocations," President Lee Myung-bak said in an address on Monday.
Amid criticism of the response to the attack, Lee has replaced his defence minister, ordered reinforcements for the 4,000 troops on Yeonpyeong and four other Yellow Sea islands and upgraded rules of engagement. In his televised address on Monday, Lee apologised for failing to do enough to prevent the shelling.
"I feel deeply responsible for failing to protect my people's lives and property," he said.

Sumber: Aljazeera.Net, 1/12/2010

KAPAL KITA DIRAMPAS LANUN SOMALIA...?

Kapal Malaysia dirampas lanun Somalia

NAIROBI, 30 Nov. AFP - Lanun Somalia merampas sebuah kapal Malaysia bersama-sama 23 anak kapalnya di barat perairan Maldives di Lautan Hindi, lapor pemerhati maritim rantau itu, hari ini.
Kapal MV Albedo yang membawa kontena sedang dalam perjalanan dari Emiriyah Arab Bersatu ke Kenya apabila ia dirampas Jumaat lalu.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 1/12/2010

BINTANG TERBESAR...?


Perbezaan saiz bintang R136a1 (berwarna biru kanan sekali) berbanding matahari (berwarna kuning) dan bintang-bintang yang lain yang pernah ditemui.

Kerlipan serta cahaya bintang sentiasa menemani langit malam. Sejak kewujudan alam, bintang pasti muncul saban malam.
Malah, kerlipan tersebut turut dijadikan sebagai panduan oleh manusia dalam menentukan arah ketika belayar mahupun sebagai rujukan bulan.
Sehingga abad ini, bintang terbesar yang ditemukan hanya sekitar 150 massa matahari (Solar Mass) iaitu unit yang digunakan dalam mengira jisim bagi sesebuah bintang mahupun planet di ruang galaksi.
Malah, matahari sendiri yang juga merupakan bintang terbesar bersaiz sekitar 1.98892 didarab dengan 10 kuasa 30 atau sekitar 332.950 kali ganda massa bumi atau 1.048 kali ganda massa planet Musytari (Jupiter).
Namun baru-baru ini, sekumpulan ahli astronomi antarabangsa yang diketuai oleh United Kingdom telah menemukan sebuah bintang terbesar di ruang cakerawala iaitu sehingga 300 massa matahari.
Bintang tersebut kini dikenali sebagai R136a1 sekali gus mengejutkan dunia astronomi kerana sehingga kini saiz bintang terbesar yang boleh diterima dalam komuniti tersebut hanyalah sebesar 150 massa matahari.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 1/12/2010

KELANTAN LANGKAH KANAN...?


KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR PERTAMA (30/11/2010)
  • KELANTAN VS TERENGGANU: 3 - 0
  • JOHOR VS KEDAH: 1 - 1

ITU KATA ANWAR...?

PAS tidak setuju Kit Siang jadi TPM

2010/12/01

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berhak untuk menentukan Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang berkuasa, kata Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib. 

Beliau berkata, PAS turut bersedia memegang jawatan Ketua Pembangkang seperti yang dicadangkan bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim sebelum ini.


“PAS sudah berjuang lama termasuk ketika Anwar masih di dalam UMNO. Kita lebih bersedia menjadi ketua pakatan pembangkang dan mengetuai kerajaan,” katanya kepada New Straits Times (NST).

Sumber: Berita harian Online, 1/12/2010