PILIHANKU

TAJAAN

07 Disember 2010

MAAL HIJRAH 1432...?

PERMULAAN MENILAI DIRI
Maal Hijrah sering digambarkan sebagai permulaan yang baru, tetapi apa yang lebih penting ia adalah detik untuk setiap individu melakukan penilaian diri melalui proses muhasabah agar menjadi individu lebih baik.

Tahun baru dalam Islam bukanlah sambutan perayaan atau simbolik semata-mata, tetapi membawa maksud yang lebih mendalam. 

Faktanya, umat Islam memahami bahawa tahun Hijrah yang kini sudah mencapai angka 1432 menandakan perpindahan besar Nabi Muhammad SAW serta pengikut Baginda dari Mekah ke Madinah. Hijrah Rasulullah menandakan lembaran baru terhadap penyebaran Islam yang lebih makmur. 

Hijrah menurut pengertian umum ialah meninggalkan larangan Allah dan melaksanakan perintah-Nya, bagaimanapun dalam pengertian yang lebih luas, ia membawa maksud keluar daripada medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan  pemisah  antara yang hak dengan yang batil. 

Sumber: Berita Harian Online, 7/12/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan