PILIHANKU

TAJAAN

02 Disember 2010

RAJAGOPAL YANG GAGAL...?

KUALA LUMPUR - Lawan terlalu hebat atau kalah atas kesilapan sendiri? Apa jua jawapannya, para peminat bola sepak Malaysia harus menelan kepahitan apabila maruah skuad negara dicarik-carik di bumi Jakarta apabila dibelasah 1-5 oleh Indonesia pada perlawanan pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.

Begitulah bunyi komen Utusan Malaysia tentang permainan yang teruk yang telah dipersembahkan kesebelasan Malaysia. Penulis hanya sanggup menonton lebih kurang 35 minit sahaja dan terpaksa menukar chanel tv yang lain kerana tidak sanggup melihat pasukan negara diperbodohkan...?

Penulis berasa hairan bin ajaib apabila penjaga gol 'pendek' Sharbinee Allawee diturunkan. Apakah Rajagopal tidak yakin dengan kebolehan Khairul Fahmi Che Mat yang bermain cemerlang di Sukan Asia baru-baru ini. Aksi penjaga gol pendek yang gagal menyerlah, sentiasa menggelabah dan kelam-kabut itu menjadi penyumbang terbesar kekalahan yang memalukan. Ditambah pula dengan pemain pertahanan baru daripada 'Harimau Muda' iaitu Mohd Muslim Ahmad dan Mohd Fadhli Shas menjadi pelengkap kepada kelemahan pasukan negara.

Sebagai peminat, saya menyalahkan jurulatih Rajagopal yang kononnya bijak mengatur strategi tetapi memakan diri sendiri. Sebenarnya keputusan perlawanan semalam telah menguburkan kembali sisa-sisa harapan negara untuk melakarkan sejarah bola sepak yang lebih baik untuk negara.

Rajagopal, oh... Rajagopal....?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan