PILIHANKU

TAJAAN

09 Disember 2010

MENANGANI ISU MARITIM...?

APMM terima 3 helikopter AgustaWestland

2010/12/08

SUBANG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini menerima tiga lagi aset penting udara, iaitu tiga Helikopter AgustaWestland 139 bagi mengukuhkan lagi keupayaan operasinya. 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyaksikan majlis penyerahan itu di Stesen Udara APMM Subang oleh Naib Presiden Kanan AgustaWestland Inc, Giacomo Saponaro, kepada Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd Amdan Kurish.
Helikopter bernilai kira-kira RM200 juta, adalah untuk tugas mencari dan menyelamat (SAR) di laut, penguatkuasaan undang-undang di kawasan Zon Maritim Malaysia dan meronda kawasan pantai.

Sumber: Berita Harian Online, 9/12/2010

PAS SOKONG KONSEP KETUANAN MELAYU...?

Ketuanan Melayu: Pemuda Pas Perak sokong titah Sultan

08/12/2010 7:50pm


IPOH 8 Dis. – Dewan Pemuda Pas Negeri Perak (DPPNPk) hari ini menyokong titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bahawa orang Melayu yang mempertikaikan status agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu di negara ini telah menghina dan menderhaka bangsanya sendiri.
Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, titah berkenaan bertepatan dengan situasi negara kerana mereka yang mempertikaikannya, bertindak tanpa berasaskan faktor sejarah dan bercanggah dengan perlembagaan negara.
"Perkara ini turut ditekankan oleh Pas dan pakatan pembangkang yang bersepakat berdasarkan konvensyen tahun lalu yang akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan termasuk hak istimewa orang Melayu dan Raja Berperlembagaan.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 9/12/2010

MALAYSIA VS VIETNAM...?

Piala AFF: Vietnam jumpa Malaysia, Filipina bertemu Indonesia

08/12/2010 10:38pm

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Skuad kebangsaan Vietnam mengungguli kumpulan B Kejohanan Piala Suzuki AFF setelah berjaya menewaskan Singapura 1-0 dan pada perlawanan akhir peringkat kumpulan semalam sementara Filipina dan Myanmar sekadar memperoleh keputusan seri tanpa jaringan.
Bermakna pada perlawanan separuh akhir selepas ini Juara kumpulan B Vietnam akan bertemu naib juara kumpulan A iaitu Malaysia manakala Indonesia bakal menentang Filipina pada peringkat sama minggu hadapan.
Pada perlawanan separuh akhir Malaysia akan menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 15 Disember ini manakala Indonesia akan berkunjung ke Filipina untuk menentang pasukan tuan rumah. - Utusan

Sumber: Utusan Malaysia Online, 9/12/2010

08 Disember 2010

KEPUTUSAN LIGA JUARA-JUARA...?

PERLAWANAN 7/12/2010:-

  • FC Twente Vs Tottenham Hotspur: 3 - 3
  • Bremen Vs Inter Milan: 3 - 0
  • Benfica Vs S'chalke 04: 1 - 2
  • Lyon Vs Napoel Tel Aviv: 2 - 2
  • Manchester United Vs Valencia: 1 - 1
  • Barcelona Vs Rubin Kazen: 2 - 0
  • Copenhagen Vs P' thinaikos: 3 - 1

PENGASAS WikiLeaks DITAHAN...?



LONDON - Pengasas laman web WikiLeaks, Julian Assange ditangkap polis Britain semalam dengan menggunakan waran tangkap pihak berkuasa Sweden pada 18 November lalu kerana disyaki terbabit dalam jenayah rogol wanita di Sweden.
Assange yang berusia 39 tahun dan berasal dari Australia menyerah diri di sebuah balai polis di sini.
Dia ditangkap selepas lebih 250,000 kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS) didedahkan di laman webnya.
Pendedahan itu mencetuskan kekecohan kepada dunia kerana maklumat sulit tersebut melibatkan tingkah laku para pemimpin dunia selain perancangan rahsia beberapa buah negara.
Laman web WikiLeaks turut menjadi sasaran penggodam bagi mengelak orang ramai mengakses laman itu untuk membaca kandungan maklumat sulit tersebut.
Sumber: Kosmo! Online, 8/12/2010

AS$100 DIKUARANTIN...?



WASHINGTON – Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang merupakan bank negara AS mengkuarantin sejumlah wang kertas AS$100 (RM314) yang berteknologi tinggi kerana kesilapan mencetaknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Nilai keseluruhan wang kertas 100 dolar itu lebih AS$1 bilion (RM3.14 bilion).
Wang kertas bermasalah itu mewakili lebih 10 peratus wang kertas 100 dolar yang digunakan di seluruh dunia ketika ini.
Pada mulanya wang 100 dolar baru itu yang mempunyai tandatangan Timothy Geithner iaitu Setiausaha Perbendaharaan Presiden AS, Barack Obama, akan diagihkan kepada umum pada Februari tahun depan.
Namun, semua wang kertas itu kini disimpan di bilik-bilik kebal di Fort Worth, negeri Texas dan di sini kerana ciri-ciri keselamatannya terlalu kompleks, menyebabkan ia sukar untuk dicetak.
– Agensi
Sumber: Kosmo! Online, 8/12/2010

WARGA INDON DITAHAN...?

Majikan warga emas dibunuh

PASIR MAS 7 Dis. - Polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia berumur 21 tahun bagi membantu siasatan dalam kejadian bunuh seorang wanita di Kampung Lubuk Tapah di sini, petang ini.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II, Mazlan Lazim berkata, mayat Yeap Seok Pen  60, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah oleh anak lelaki wanita pada kira-kira pukul 2 petang.
Katanya, mayat Seok Pen ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka, dipercayai dibunuh antara pukul 12 tengah hari hingga 1 petang ini dan polis kemudiannya menahan pembantu rumah wanita itu, seorang rakyat Indonesia berumur 21 tahun beberapa jam kemudian.
"Ketika kejadian Seok Pen hanya tinggal berdua dengan pembantu rumahnya itu dan sebelum kejadian, jiran ada terdengar suara orang bergaduh," katanya ketika dihubungi.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 8/12/2010

PALESTIN DIIKTIRAF...?

Brazil, Argentina iktiraf Palestin

BUENOS AIRES 7 Dis. - Argentina dan Brazil merupakan dua buah negara pertama benua Latin Amerika mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka dan akan diikuti oleh Uruguay pada tahun depan.
Langkah ketiga-tiga buah negara Amerika Selatan itu, mendapat pujian daripada beberapa pegawai kanan Palestin, dan dikritik hebat oleh Israel.
Israel berkata, tindakan Buenos Aires itu sesuatu yang 'mengecewakan' dan ia bercanggah dengan perjanjian Palestin-Israel yang hanya membenarkan pengiktirafan sedemikian dibuat dengan persetujuan mereka.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 8/12/2010

DAGING TERTULIS KALIMAH ALLAH...?


Kalimah Allah yang terdapat pada daging lembu di Kampung Air Tawar, Endau, Mersing, semalam. - utusan/Nor Azman

MERSING 7 Dis. - Seorang suri rumah yang menetap di Kampung Air Tawar dekat sini terkejut apabila mendapati hirisan daging korban yang hendak dimasaknya mengandungi urat lemak yang membentuk kalimah Allah.
Maharom Musa, 58, berkata, daging lembu korban itu diberikan oleh menantunya, Yusuf Embong, 47, yang membawanya dari Chini, Pahang, kira-kira dua minggu yang lalu.
Dia mula menyedari tanda kebesaran Allah itu semasa hendak memasak daging tersebut, semalam.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 8/12/2010

KERANA BOLA, TOK ARAB PUN SANGGUP...?

Tiada larangan ambil minuman keras dan bercium

08/12/2010 2:38am

ABU DHABI 8 Dis. - Penganjur Piala Dunia Kelab FIFA menafikan laporan media tempatan bahawa penyokong yang datang menyaksikan kejohanan ini di Abu Dhabi tidak dibenarkan mengambil minuman keras dan bercium di khalayak ramai.
Menurut laporan dalam akhbar Emarat Al-Yom Isnin lalu, penyokong asing akan diberi risalah mendesak mereka menghormati sensitiviti rakyat tempatan yang beragama Islam. - AFP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 8/12/2010

MALAYSIA LAYAK...?

Malaysia berjaya menundukkan Laos dengan 5 - 1 dan berjaya ke pusingan seterusnya selepas pesaing terdekat, Thailand tumpas kepada tuan rumah Indonesia dengan jaringan 1 - 2. Malaysia muncul sebagai naib johan kumpulan di belakang Indonesia.
Kedudukan Pasukan:-
  1. INDONESIA 
  2. MALAYSIA
  3. THAILAND
  4. LAOS

KEBAKARAN ISRAEL: 2 REMAJA DITANGKAP...?



A fire that killed 41 people and ravaged big swaths of forest in northern Israel's Carmel region has been extinguished, police have said.
"All of the fires were officially extinguished as of midnight," Mickey Rosenfeld, a police spokesman, said on Monday morning.
Dozens of nations had sent firefighting equipment and helped in the effort to put out the four-day fire, which in addition to causing casualties, scorched 50 square kilometres of woodland, destroyed millions of trees, and an estimated dozens of homes.
Israel has admitted it was woefully underprepared, and politicians have called for officials to resign for failing to quickly quell the fire.
Two teenagers from the village of Isfiya have been arrested on suspicion of starting the blaze "through negligence" by leaving behind burning embers after a family picnic.

Sumber: Aljazeera.Net. 8/12/2010

07 Disember 2010

DUA LETUPAN BOM DI PAKISTAN...?


Lebih 50 maut dalam letupan di Pakistan....?

Suspected twin suicide blasts have killed at least 50 people and injured many others at a government compound in northwest Pakistan, officials said.

There were fears that the death toll in the Mohmand tribal agency could rise significantly because of the scores of people wounded in the attacks on Monday.

"There were two bombers. They were on foot. The first blew himself up inside the office of one of my deputies while the second one set off explosives when guards caught him," Amjad Ali Khan, the senior government official in Mohmand region,  said.

Sumber: Aljazeera, Net, 7/12/2010

LAGI RAKAN AMERIKA KELUAR...?


Tentera British akan dibawa keluar dari bumi Afghanistan bermula tahun depan...?

MAAL HIJRAH 1432...?

PERMULAAN MENILAI DIRI
Maal Hijrah sering digambarkan sebagai permulaan yang baru, tetapi apa yang lebih penting ia adalah detik untuk setiap individu melakukan penilaian diri melalui proses muhasabah agar menjadi individu lebih baik.

Tahun baru dalam Islam bukanlah sambutan perayaan atau simbolik semata-mata, tetapi membawa maksud yang lebih mendalam. 

Faktanya, umat Islam memahami bahawa tahun Hijrah yang kini sudah mencapai angka 1432 menandakan perpindahan besar Nabi Muhammad SAW serta pengikut Baginda dari Mekah ke Madinah. Hijrah Rasulullah menandakan lembaran baru terhadap penyebaran Islam yang lebih makmur. 

Hijrah menurut pengertian umum ialah meninggalkan larangan Allah dan melaksanakan perintah-Nya, bagaimanapun dalam pengertian yang lebih luas, ia membawa maksud keluar daripada medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan  pemisah  antara yang hak dengan yang batil. 

Sumber: Berita Harian Online, 7/12/2010

KU LI "BUKAN ISU BESAR"...?

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menganggap penarikan dua darjah kebesaran oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V, bukan isu besar. 

Beliau berkata, ini kerana darjah kebesaran yang dikurniakan lebih 30 tahun itu hanya digunakan untuk majlis rasmi istana saja.

Sumber: Berita Harian Online, 7/12/2010

KEPUTUSAN LIGA SEPANYOL...?

  • DEPORTIVO LA CORUNA VS HERCULES: 1 - 0

KEPUTUSAN LIGA ITALI...?

  • NAPOLI VS PALERMO: 1 -0

LIVERPOOL 3, ASTON VILLA 0

David Ngog

Scoring Summary


LiverpoolAston Villa
David Ngog (14') 
Ryan Babel (16') 
Maxi Rodríguez (55')

5 MAUT BERTEMBUNG TRAK TENTERA...?



Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat lima sekeluarga yang tersepit di dalam kereta selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 19.6, Jalan Pantai di Kampung Tembok, Port Dickson semalam.


Sumber: Kosmo! Online, 7/12/2010

BENCANA TANAH RUNTUH DI COLOMBIA...?



Fears are growing for up to 145 people missing in a landslide in Colombia, which has already claimed the lives of at least 12 people, officials have said.

Emergency crews worked through Sunday night in a bid to rescue those feared missing, clawing through debris after a wall of mud buried around 50 houses in Bello town, near the northern city of Medellin.

The landslide, which struck on Sunday, followed the worst downpours to hit the country in decades, which have left nearly 200 dead and 1.5 million homeless.

Sumber: Aljazeera,Net, 7/12/2010

PROTON TUAH...?


Proton Tuah, kereta berkonsep masa depan dipertontonkan kepada orang ramai di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di PWTC, semalam. - utusan/Ismail kamadin

06 Disember 2010

HAYAT CONCORDE...?


Jet Supersonik Concorde yang dikagumi sedikit masa dulu... kini ditamatkan perkhidmatan...?

Setelah terlibat dalam kemalangan...?

MEMPERKASAKAN BAHASA INGGERS...?


Ilustrasi oleh Khazim, www.tutor.com.my
Memperkasakan Bahasa Inggeris .... saya sokong, memperkosakan Bahasa Melayu ..... berleluasa.....?
Kepimpinan melalui teladan...?

SUBJEK SEKS TAHUN DEPAN...?

Pendidikan seks diajar berasingan mulai tahun depan

06/12/2010 3:09pm

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Pendidikan seksualiti yang diajar secara menumpang mata pelajaran lain sebelum ini akan diajar secara berasingan mulai tahun depan dengan mengekalkan penggunaan istilah Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (Peers).
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, melalui pelaksanaan di bawah transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) itu, kementerian tersebut menetapkan subjek tersebut diajar selama 40 minit, dua kali sebulan di sekolah menengah dan 30 minit setiap minggu di sekolah rendah.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 6/12/2010