PILIHANKU

TAJAAN

08 Disember 2010

WARGA INDON DITAHAN...?

Majikan warga emas dibunuh

PASIR MAS 7 Dis. - Polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia berumur 21 tahun bagi membantu siasatan dalam kejadian bunuh seorang wanita di Kampung Lubuk Tapah di sini, petang ini.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II, Mazlan Lazim berkata, mayat Yeap Seok Pen  60, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah oleh anak lelaki wanita pada kira-kira pukul 2 petang.
Katanya, mayat Seok Pen ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka, dipercayai dibunuh antara pukul 12 tengah hari hingga 1 petang ini dan polis kemudiannya menahan pembantu rumah wanita itu, seorang rakyat Indonesia berumur 21 tahun beberapa jam kemudian.
"Ketika kejadian Seok Pen hanya tinggal berdua dengan pembantu rumahnya itu dan sebelum kejadian, jiran ada terdengar suara orang bergaduh," katanya ketika dihubungi.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 8/12/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan