PILIHANKU

TAJAAN

13 Disember 2010

KEPUTUSAN LIGA INGGERIS...?

Roman Pavlyuchenko scored from long range in the 15th minute

  • TOTTENHAM HOTSPUR VS CHELSEA: 1 - 1
  • BOLTON VS BLACKBURN: 2 - 1
  • WOLVES VS BIRMINGHAM: 1 - 0

TOK GURU SAKIT BELAKANG...?

Sakit belakang: Nik Aziz dirawat di HUSM

KOTA BHARU 12 Dis. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak kelmarin kerana sakit pada bahagian belakang.
Anak keduanya, Nik Omar, 45, berkata, doktor telah meminta bapanya supaya 'berehat' di wad selepas menghadiri temu janji untuk pemeriksaan di hospital berkenaan.
Beliau berkata, temu janji tersebut adalah ekoran daripada sakit tulang belakang yang dihadapi Nik Abdul Aziz sebelum ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 13/12/2010

DSAI: SB SUMBER WikiLeaks...?

Anwar dakwa SB PDRM sumber dedah liwatnya

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Unit Cawangan Khas (SB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) didakwa sebagai sumber pendedahan WikiLeaks di mana agensi perisikan Singapura mengesahkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memang terlibat dalam aktiviti liwat.
Namun, Anwar ketika menyatakan dakwaan tersebut tidak pula menafikan pendedahan itu sebaliknya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sekadar berkata; "Bukti tak ada (tiada)".
"Sumber? Polis SB Malaysia, bukti tak ada," kata Anwar dalam Twitternya hari ini ketika diminta mengulas mengenai pendedahan WikiLeaks yang dipetik melalui laporan The Sydney Morning Herald.
Wikileaks semalam mendedahkan bahawa agensi perisikan Singapura mengesahkan Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 13/12/2010

DSAI TERLIBAT...?

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Agensi perisikan Singapura mengesahkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memang terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara.
Pendedahan itu dibuat oleh sebuah laman web antarabangsa, WikiLeaks, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, iaitu kira-kira lima bulan selepas dakwaan Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan terbongkar.
Menurut WikiLeaks, dalam laporan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat itu, pegawai-pegawai perisikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa, Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat sebagaimana pertuduhan yang dikenakan ke atasnya sekarang.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 13/12/2010

12 Disember 2010

LIVERPOOL KECUNDANG 1 - 3...?

KEPUTUSAN LIGA INGGERIS:-

  • ASTON VILLA VS WEST BROM: 2 - 1
  • EVERTON VS WIGAN: 0 - 0
  • FULHAM VS SUNDERLAND: 0 - 0
  • STOKE VS BLACKPOOL: 0 - 1
  • WEST HAM VS MAN CITY: 1 - 3
  • NEWCASTLE VS LIVERPOOL: 3 - 1
David Silva and Scott Parker
David Silva and Scott Parker battle for posession

PAC-3 SAINGI PELURU BERPANDU BALISTIK...?

GAMBAR fail diambil pada 31 Mac 2009 menunjukkan  askar Jepun berkawal depan alat pelancar  PAC-3 di  Akita, utara Jepun.
Patriot Advance Capability-3 (PAC-3)
Tentera Jepun akan menempatkan sistem peluru berpandu pemintas tercanggih di setiap pangkalan udaranya bagi menghadapi cabaran Korea Utara...?

PIALA EMAS RAJA-RAJA MILIK KLATE...?

Kelantan akhirnya berjaya muncul sebagai juara Piala Emas Raja-Raja setelah menundukkan Kedah melalui penentuan sepakan penalti. Kini negeri Kelantan DN mencipta sejarah tersendiri dalam sukan bola sepak apabila berjaya menggondol dua piala kebanggaan iaitu Juara Piala Malaysia dan terbaru juara Piala Emas Raja-Raja.

11 Disember 2010

PENDARATAN JEPUN DI PANTAI SABAK...?


Pendaratan Jepun di Tanah Melayu berlaku secara sepantas kilat. Tempoh antara waktu konvoi Jepun berlepas dari Saigon,Indochina Perancis menuju ke arah selatan pada 6 Disember 1941 sehingga pendaratannya di Kota Bharu, Kelantan pada 8 Disember1941 cuma mengambil masa tiga hari. Mitos keunggulan ketenteraan British di Timur Jauh dimusnahkan dalam tempoh 69 hari sewaktu Singapura, yang merupakan pusat pangkalan Tentera British di Timur Jauh, melutut kepada kekuatan pihak Jepun pada 15 Februari 1942. 

Pendaratan Jepun di Kota Bharu

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil sepanjang kawasan pesisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan yang sengit.
Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat di pantai dan membunuh ramai askar Jepun termasuk komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat.
Meriam tentera Jepun yang digunakan dalam serangan...?
Tentera Jepun mendarat di Kota Bharu...?
Tentera berbasikal selepas berjaya menawan kedudukan British di Pantai Sabak...?
Kubu tentera Punjab masih utuh di Sabak...?
Tentera Punjab dan British yang ditawan...?
Dan ramai yang ditawan menjadi habuan pedang Jepun...?

SULTAN KELANTAN, JOHOR PENERIMA ANUGERAH TERTINGGI...?



124 penerima bintang sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor 


SHAH ALAM: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menerima anugerah tertinggi Selangor, Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ke-65, hari ini.
Raja Muda, Tengku Amir Shah pula dianugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS), membawa gelaran Datuk Setia bersama Pro Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Tan Sri Nayan Ariffin.

Sumber: Berita Harian Online, 11/12/2010

5 SEKELUARGA LEMAS DI TERENGGANU...?

PASUKAN penyelamat memerhati keadaan laut selepas yang bergelora menemui mayat Roshini Shanmugan dan Kumutha di Pantai Pandak, semalam.
PASUKAN penyelamat memerhati keadaan laut selepas yang bergelora menemui mayat Roshini Shanmugan dan Kumutha di Pantai Pandak, semalam.
KUALA TERENGGANU: Kegembiraan enam bersaudara mandi-manda di Pantai Pandak, Chendering di sini, petang semalam ketika penduduk negeri ini berjaga-jaga kerana musim tengkujuh, berakhir dengan tragedi apabila dua lemas, tiga masih belum ditemui dan seorang kritikal.
Mayat S Kumudha, 28, dan adik perempuannya, S Roshini, 16, dari Kampung Jawa, Klang, Selangor ditemui jam 2.30 petang semalam oleh penduduk kampung yang terdengar jeritan meminta tolong, kira-kira 100 meter dari kawasan mereka mandi. Tiga lagi yang masih belum ditemui hingga jam 7 malam, semalam ialah S Raymond, 26, Vijayakumar, 18, dan Mogan, 21, manakala M Madhavi, 19, yang kritikal dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Sumber: Berita Harian Online, 11/12/2010

ANGKARA PELURU TINGGALAN...?

Peluru kereta kebal ini...? Gambar hiasan.

Dua remaja Palestin maut dalam letupan di Gaza

11/12/2010 3:06am

GAZA CITY, 11 Dis. - Dua remaja Palestin maut dalam satu letupan di Gaza City yang disyaki berpunca akibat peluru meriam kereta kebal milik Israel yang tidak meletup.
Menurut sumber pihak berkuasa, mereka terbunuh apabila peluru meriam kereta kebal itu meletup di kawasan bandar raya Shujaiyeh.
Katanya, peluru meriam kereta kebal itu mungkin tinggalan daripada perang Israel ke atas Gaza selama 22 hari yang tercetus pada Disember 2008.
Perang itu mengorbankan 1,400 nyawa penduduk Palestin, kebanyakannya orang awam dan 13 penduduk Israel, di mana 10 daripadanya ialah anggota tentera. - AFP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 11/12/2010

SEKOLAH AMANAH...?

10 Sekolah Amanah

PUTRAJAYA 10 Dis. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan 10 buah sekolah berprestasi rendah, sederhana dan tinggi serta merentasi pelbagai latar belakang sosioekonomi sebagai Rangkaian Sekolah Amanah Yayasan Amir mulai tahun depan.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, program di bawah tajaan Yayasan Amir, sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) itu bertujuan meningkatkan pembangunan modal insan untuk melahirkan pemimpin masa hadapan.
Sekolah Amanah Yayasan Amir ialah:-
  • JOHOR
  1. SK Bandar Uda 2
  2. SK Kampung Layau
  3. SJK (Tamil) Kangkar
  4. SMK Semenchu
  5. SMK Gelang Patah
  • SARAWAK
  1. SMS Kuching
  2. SMK Bandar Kuching 2
  3. SK Tabuan
  4. SK Empila
  5. SK Combine
Sumber: Utusan Malaysia Online, 11/12/2010

10 Disember 2010

KERETA TERJUN GAUNG...?


ORANG ramai melihat keadaan sebuah kereta yang terbabas dan terhumban ke dalam gaung sedalam 20 meter yang mengorbankan tiga lelaki di Km 124 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Pagoh, Muar, Johor, 9 Dis. - Utusan

Sumber: Utusan Malaysia Online, 10/12/2010

RAHSIA SEBALIK KACA HITAM...?


Feeeee.......wip.....?

OH... KENCING MANIS...?

DIGANTUNG SEMUSIM JIKA BERSALAH...?



TIGA bekas pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat Rose berdepan kemungkinan digantung satu musim andai mereka didapati bersalah melanggar kontrak bersama pasukan lama mereka, Kelantan.
Indra, Farhan dan Azizi dikatakan telah menyertai pasukan T-Team untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2011 dan mereka dikatakan sudah turun menjalani latihan di Kuala Terengganu pada minggu ini.
Sumber: Kosmo! Onlne, 10/12/2010

PEMBUNUH DICARI...?


Kumpulan anjing laut termasuk lapan ekor anak anjing laut yang sebahagiannya baru berusia beberapa hari didapati telah dipukul hingga mati dekat salah satu kawasan koloninya di pinggir lebuh raya utama di selatan pulau di selatan             New Zealand pada minggu lalu, kata Jabatan Perlindungan (DOC).

09 Disember 2010

SANTUBONG PUTERI SEJINJANG...?

Gunung Santubong is located on the Damai Peninsula, 35km north of Kuching. From sea level, it's rainforest-covered peaks rise steeply to 810m, forming a catchment for numerous streams and a potential sanctuary for a variety of wildlife.
There are a number of local legends about Gunung Santubong. One of these tells of how the mountain came to be and where its name came from. Like many legends, there are several versions of this one. According to one version, the mountain was formed when mythical Princess Santubong was speared by her jealous sister, Princess Sejinjang. Falling over, she gave the mountain its distinctive profile, like a pregnant belly.
According to the other version of this story, the two princesses lived in the heavenly kingdom Kayangan. The Crown Prince fell in love with both of them, but they refused to be joint wives. The King of Kayangan banished the princesses to earth, where they became Gunung Santubong and the nearby Gunung Seijinjang.

SEHATI BERDANGSA BERCERAI...?



Glamor menari, rumah tangga tunggang terbalik. Bagaikan terkena badi, satu demi satu rumah tangga pasangan yang pernah menyertai program hiburan realiti, Sehati Berdansa berdepan krisis yang berakhir dengan perceraian.
Terbaru, pasangan juara rancangan realiti Sehati Berdansa musim ketiga, Sein dan Nana disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.
Sumber: Kosmo! Online, 9/12/2010

BUKU TERMAHAL DI DUNIA.../


ANTARA lukisan yang terdapat pada buku termahal di dunia yang dilelong kelmarin.

Sebuah buku dilelong malam kelmarin pada harga £7.3 juta (RM36.23 juta) yang merupakan paling mahal di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.Buku yang dihasilkan pada abad ke-19 itu merupakan naskhah John James Audubon berjudul Bird of America.
Sumber: Kosmo! Online, 9/12/2010


BOT 'BERANI MATI'...?



TEHERAN - Tentera Laut Iran membina lebih 9,000 buah bot laju 'berani mati' yang dilengkapi bahan letupan untuk tujuan merempuh kapal-kapal musuh, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebuah bot laju itu yang sepanjang enam meter, berupaya membuat lubang berdiameter lebih tujuh meter apabila ia melanggar kapal perang musuh sekali gus menenggelamkannya.
Sumber: Kosmo! Online, 9/12/2010

TOK GURU SIHAT...?


MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelihatan sihat menunjuk isyarat bagus ketika menaiki kereta selepas keluar dari rumahnya walaupun sebuah blog mendakwa beliau sakit tenat di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu. 8 Dis. 2010. - Utusan/HAFIZ JOHARI

Sumber: Utusan Malaysia Online, 9/12/2010

CHELSEA TEWAS TAPI LAYAK...?

KEPUTUSAN LIGA JUARA-JUARA EROPAH:-

  • BAYERN MUNICH VS FC BASEL: 3 - 0
  • CFR CLUJ-NAP VS AS ROMA: 1 - 1
  • MARSEILLE VS CHELSEA: 1 - 0
  • MSK ZILINA VS SPARTAK MOSCOW: 1 - 2
  • MILAN VS AJAX: 0 - 2
  • REAL MADRID VS AUXERRE: 4 - 0
  • ARSENAL VS PARTIZAN BELGRADE: 3 - 1
  • SHAKHTAR D VS BRAGA: 2 - 0 
Arsenal's Robin van Persie scores his side's first goal of the game from the penalty spot
Arsenal's Robin van Persie scores his side's first goal of the game from the penalty spot

BANTAHAN PILIHAN RAYA DI HAITI...?


Keganasan kerana membantah keputusan pilihan raya...

Protesters in Haiti, angry at the results of the recent elections, have set fire to the main offices of the ruling party and manned barricades in the capital, Port-au-Prince.
The demonstrators took to the streets on Wednesday after officials had announced that Jude Celestin, representing the ruling party, will stand in the upcoming presidential runoff vote.
Michel "Sweet Micky" Martelly, a popular singer, had trailed Celestin by about 6,800 votes - less than one per cent, according to the preliminary results released by Haiti's Provisional Electoral Council.

Sumber: Aljazeera.Net. 9/12/2010

MISI JEPUN KE VENUS GAGAL...?



A Japanese probe sent on a two-year mission to Venus failed to enter orbit and may have flown past the planet.
The failure on Wednesday was a big letdown for Japan's space program. But Japan's space agency, called JAXA, has not given up hope.