PASUKAN penyelamat memerhati keadaan laut selepas yang bergelora menemui mayat Roshini Shanmugan dan Kumutha di Pantai Pandak, semalam.
KUALA TERENGGANU: Kegembiraan enam bersaudara mandi-manda di Pantai Pandak, Chendering di sini, petang semalam ketika penduduk negeri ini berjaga-jaga kerana musim tengkujuh, berakhir dengan tragedi apabila dua lemas, tiga masih belum ditemui dan seorang kritikal.
Mayat S Kumudha, 28, dan adik perempuannya, S Roshini, 16, dari Kampung Jawa, Klang, Selangor ditemui jam 2.30 petang semalam oleh penduduk kampung yang terdengar jeritan meminta tolong, kira-kira 100 meter dari kawasan mereka mandi. Tiga lagi yang masih belum ditemui hingga jam 7 malam, semalam ialah S Raymond, 26, Vijayakumar, 18, dan Mogan, 21, manakala M Madhavi, 19, yang kritikal dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Sumber: Berita Harian Online, 11/12/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan