PILIHANKU

TAJAAN

19 Disember 2010

HAJAT DIKEBUMIKAN SATU KUBUR...?



TAPAH 17 Dis. – Siapa sangka kata-kata seorang isteri untuk disemadikan dalam satu kubur dengan suaminya dimakbulkan apabila mereka meninggal dunia bersama dalam kemalangan jalan raya malam semalam.
Kedua-duanya, Nur Hazah Mohamad Yusuf, 24, dan Ahmad Azhar Hassan, 30, merupakan pasangan yang baru berkahwin pada 30 Oktober lalu dan belum sempat untuk menimang cahaya mata.
Dalam kemalangan kira-kira pukul 8 malam itu, motosikal yang mereka naiki dilanggar sebuah kereta di Kilometer 7 Jalan Tapah-Changkat Petai berhampiran pekan Tapah.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 19/12/2010

MALAYSIA LAYAK KE FINAL...?


Kepala siapa lebih keras...?
Betul jangkaan penulis Malaysia akan berjaya menghancurkan sisa-sisa perjuangan Vietnam jika berjaya mengekang asakan Vietnam sehingga 30 minit pertama masa permainan. Pemain Vietnam akan tertekan dan mula melakukan kesilapan. Keputusan seri 0 - 0  malam ini memang melakarkan sejarah manis buat pasukan bola sepak tanah air.

Tahniah, dan terima kasih kerana menggembirakan rakyat Malaysia. 

18 Disember 2010

SEJARAH BOLA SEPAK MALAYSIA DILAKAR...?

Malaysia akan berhadapan Vietnam di stadium negara itu pada malam ini dalam perlawanan semi-final ke-2 bagi penentuan sama ada layak ke final atau sebaliknya. Dalam perlawanan semi-final pertama yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, negara kita berjaya menundukkan kedegilan Vietnam dengan jaringan 2 - 0.

Jika Malaysia berjaya menyerapkan tekanan awal Vietnam sehingga 30 minit pertama, Malaysia berkemungkinan besar akan menang pada malam ini dan sejarah bola sepak negara akan terlakar indah.

Moga-moga sejarah tercipta... Insya-Allah.

NOT RM50 BERNILAI TINGGI...?

DUIT KERTAS RM50 EDISI KHAS BERNILAI TINGGI...?


Heboh juga orang memperkatakan hal duit not RM50 yang mempunyai logo 50 tahun merdeka di belakangnya. Sehingga ada yang sanggup menawarkan RM250 bagi sekeping not RM50 berkenaan. Pada penulis itu semua khabar-khabar angin daripada orang yang tak ada kerja....  

ADUN TENANG MENINGGAL...?

TPM ucap takziah kepada keluarga ADUN Tenang

17/12/2010 7:28pm

KUALA LUMPUR 17 Dis — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham Datuk Sulaiman Taha yang meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri di sini hari ini.

SYIAH DURI DALAM DAGING...?

200 pengikut Syiah ditahan

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Kegiatan satu ajaran Syiah tegar yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan negara dikesan bergerak aktif di negara ini berikutan penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulannya, malam semalam.
Dua ketua kumpulan itu termasuk seorang warga Iran telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, hari ini dan dibebaskan dengan jaminan.
Para pengikut lain juga telah dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.
Kumpulan yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, dekat sini itu dikatakan berbahaya kerana menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.
Mereka yang menggunakan nama Hauzah Ar Ridha Alaihissalam itu dikesan sudah dua tahun menjalankan kegiatan mereka di tingkat empat rumah kedai berkenaan.
Dalam serbuan sepasukan penguat kuasa JAIS pada pukul 10.15 malam itu, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 17/12/2010

AMALAN SESAT...?

An Iraqi Shiite Muslim man bleeds as he takes part in a ritual in the capital Baghdad on December 16, 2010, during the Ashura commemorations marking the 7th century killing of Imam Hussein, the grandson of Prophet Mohammed, in the Battle of Karbala in central Iraq.
Iraqi Shiite Muslim youth take part in a ritual in the capital Baghdad on December 16, 2010, during the Ashura commemorations marking the 7th century killing of Imam Hussein, the grandson of Prophet Mohammed, in the Battle of Karbala in central Iraq.
Iraqi Shiite Muslim men bleed as he take part in a ritual in the capital Baghdad on December 16, 2010, during the Ashura commemorations marking the 7th century killing of Imam Hussein, the grandson of Prophet Mohammed, in the Battle of Karbala in central Iraq.
Iraqi Shiite Muslim men beat themselves with the flatside of a knife as they take part in a ritual in the capital Baghdad on December 16, 2010, during the Ashura commemorations marking the 7th century killing of Imam Hussein, the grandson of Prophet Mohammed, in the Battle of Karbala in central Iraq.
Penganut Syiah Iraq mencederakan diri sempena menyambut Hari Asyura 16 Disember 2010.
Inikah sebenarnya ajaran Junjungan Besar Rasulullah....?
Inikah contoh yang mahu ditonjolkan kepada dunia...?
SESAT DAN MENYESATKAN...?

17 Disember 2010

LAGI KERETA KEMALANGAN TERBAKAR...?

Lelaki maut kereta terbakar di Jambatan Pulau Pinang

2010/12/16

GEORGETOWN: Seorang lelaki terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbakar di Jambatan Pulau Pinang di sini awal pagi tadi. 

Pegawai Turus Trafik Negeri, DSP Abdul Rahim Md Din, berkata nahas berlaku jam 1 pagi di Kilometer 5.1 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Butterworth.
"Pemandu yang maut itu dikenali sebagai Khor Chai Tong, 25. Beliau mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta mati sejurus dikeluarkan dari kereta oleh rakannya yang mengekori keretanya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sumber: Berita Harian Online, 17/12/2010

SAMAKAN I MALAYSIA DENGAN ONE ISRAEL...?

Anwar Ibrahim digantung 6 bulan

16/12/2010 11:50am

KUALA LUMPUR 16 Dis.- Usul untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan diluluskan tanpa bahas selepas berlaku kekecohan. - Utusan

Sumber: Utusan Malaysia Online,16/12/2010

16 Disember 2010

BAS TERJUN GAUNG...?

4 kakitangan penjara maut dikenal pasti

16/12/2010 2:51pm

PENAMPANG 16 Dis. - Empat kakitangan Penjara Tawau terbunuh dalam satu kemalangan apabila bas kepunyaan jabatan itu terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di Kampung Moyog dekat sini dikenal pasti.
Mengikut senarai yang dipamerkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, mereka yang terbunuh adalah Madinh Alhmdullah, Selamat Idris, Muslimin Muhammad dan Sabirin Murad.
Mereka merupakan antara 25 orang penumpang bas itu yang sedang dalam perjalanan dari Keningau ke Kota Kinabalu selepas menyertai kejohanan bola sepak Piala Pengarah Penjara Sabah di Keningau. - Bernama

Sumber: Utusan Malaysia Online, 16/12/2010

INDONESIA MENANG...?

KEPUTUSAN SEPARUH AKHR PERTAMA:

  • MALAYSIA VS VIETNAM: 2 - 0
  • INDONESIA VS FILIPINA: 1 - 0

PROFESOR ULUNG...?

3 terima Anugerah Profesor Ulung
Oleh Norliza Abdullah

2010/12/16

Kepakaran ahli akademik dimanfaat masyarakat dunia 

BANGI: Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, Prof Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan dan Prof Dr Lai-Meng Looi yang dipilih pemenang pertama Anugerah Profesor Ulung disifatkan sebagai milik negara untuk dicontohi dan dijadikan ikon. 

Shamsul Amri adalah Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Mohd Kamal, rektor rakyat Malaysia pertama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), manakala Lai-Meng adalah Profesor Kanan Patologi di Universiti Malaya (UM).
Selaku pemenang anugerah itu, masing-masing menerima geran penyelidikan bernilai RM300,000, elaun bulanan khas RM10,000 setiap bulan selain gaji mengikut Gred Tertinggi Turus.

Sumber: Berita Harian Online, 16/12/2010

KERANA HINA ORANG MELAYU...?

Buku teks Sastera ditarik balik
Oleh Sharifah Salwa Syed Akil

2010/12/16


KUALA LUMPUR: Buku teks subjek Sastera Bahasa Malaysia yang akan digunakan pelajar Tingkatan Lima sekolah menengah tahun depan bakal ditarik balik berikutan dakwaan kandungannya menyentuh sensitiviti kaum, selain mengkritik dan menghina orang Melayu serta India. 



Persetujuan menarik balik serta merta buku teks bertajuk Interlok karya Abdullah Hussain itu dipersetujui Penolong Pengarah Unit Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Sairi Adenan dan Pengarah Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Abdul Khalik Sulaiman, selepas pertemuan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah semalam.


Intelok, novel komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia terbitan DBP itu sudah diedarkan kepada semua sekolah menengah baru-baru ini untuk diagihkan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebaik sesi persekolahan dibuka awal bulan depan.

Sumber: Berita Harian Online, 16/12/2010

KEPUTUSAN PMR SEBELUM KRISMAS...?

Keputusan peperiksaan PMR 2010 akan diumumkan pada 23 Disember 2010.

Wah, berdebarnya rasa....?

MALAYSIA MENANG 2 - 0...?

Piala Suzuki AFF: Malaysia kalahkan Vietnam 2-0

15/12/2010 10:13pm

KUALA LUMPUR 15 Dis – Penyerang, Mohd. Safee Mohd. Sali muncul wira selepas menjaringkan kedua-dua gol ketika skuad negara menundukkan Vietnam 2-0 pada perlawanan separuh akhir pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam ini.
Gol-gol tersebut dijaringkan pada babak kedua perlawanan, sekali gus mencerahkan peluang anak buah K. Rajagobal untuk melangkah ke peringakt akhir kejohanan tersebut.
Malaysia dan Vietnam akan bertemu lagi pada separuh akhir kedua yang akan dilangsungkan di Hanoi, Sabtu ini. - Utusan

Sumber: Utusan Malaysia Online, 16/12/2010

15 Disember 2010

HAKIM MASUK PENJARA...?


HAKIM Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Hassan Basri Shapie (kanan) diiringi anggota polis selepas dijatuhi hukuman penjara 19 tahun dan denda RM 210,000 setelah didapati bersalah dalam tujuh tuduhan rasuah, di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak, 14 Dis. - Utusan/ROY AZIS ABD AZIZ

Sumber: Utusan Malaysia Online, 15/12/2010

BUAYA TEMBAGA BERKELAH DI TELUK CEMPEDAK...?


ORANG ramai mengusung seekor buaya tembaga yang muncul di pantai Teluk Chempedak, Kuantan, 14 Dis. Kemunculan buaya seberat 200kg itu mengejutkan pengunjung pantai peranginan tersebut. - Utusan/KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM

Sumber: Utusan Malaysia Online, 15/12/2010

INSPEKTOR MAUT NAHAS HELIKOPTER,,,?


PEMANGKU Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof (dua kanan) meninjau keadaan bangkai helikopter jenis Robinson yang terhempas dan mengorbankan pemandunya, Insp. Mohd Shukri Othman, di Malim Nawar, Kampar, Perak, 14 Dis. - Utusan/ROY AZIS ABD AZIZ

Sumber: Utusan Malaysia Online, 15/12/2010

14 Disember 2010

HOKI DAPAT RM9 JUTA...?


KUALA LUMPUR - Usaha untuk mengembalikan kegemilangan hoki negara mendapat suntikan semangat apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan peruntukan RM9 juta bagi membiayai projek pembangunan pemain pelapis atau Projek Hoki 1MAS bagi tempoh tiga tahun bermula tahun depan.

Sumber: Utusan Malaysia Onlne, 14/12/2010

LA LIGA SEPANYOL...?

VALENCIA VS OSASUNA: 3 - 3
Carlos Aranda celebrates his late leveller

Scoring Summary

ValenciaOsasuna
Roberto Soldado (24')Francisco Juanfran (40')
Marius Stankevicius (32')Miguel Flaño (60')
Aritz Aduriz (42')Carlos Aranda (87')

MU BAHAM ARSENAL...?

Park Ji-Sung celebrates with Nani after scoring his fourth goal against Arsenal
A clever header from Park Ji-Sung saw Manchester United defeat Arsenal 1-0 at Old Trafford to take top spot in the Premier League from their old rivals.
MU VS ARSENAL: 1 - 0

Scoring Summary

Manchester UnitedArsenal
Park Ji-Sung (41') 
Wayne Rooney (pen miss 74')

TOK JANGGUT YANG DILUPA...?

TOK JANGGUT MATI SYAHID
Sejarah perjuangan dan pengorbanan Tok Janggut di Pasir Puteh, Kelantan semakin dilupakan. Generasi hari ini mungkin sudah lupa akan sejarah pejuang agama dan bangsa ini dek terpengaruh oleh penulisan sejarah putar belit yang dipelopori sejarawan Barat. Nama sebenar Tok Janggut ialah Hj. Mat Hassan bin Munas. Lahir pada 1853 di Kg. Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. Mendapat pendidikan Pondok di Kelantan sebelum melanjutkan pengajiannya ke Mekah.

Tok Janggut kemudiannya menetap di Kg. Nering, Kelantan sebagai seorang petani dan peniaga. Beliau amat mahir dalam ilmu persilatan. Sejarawan Barat menulis penentangan Tok Janggut bermula pada tahun 1915 apabila  pentadbir British di Pasir Puteh memperkenalkan Peraturan Cukai 1915 yang mewajibkan semua petani membayar cukai kepada pihak British. Sejarawan Barat menuduh Tok Janggut sebagai pemberontak dan penjenayah yang mengangkat senjata menentang pihak British yang mahu membawa kemajuan. Tuduhan mereka itu sebenarnya hanya mahu menipu fakta sejarah yang sebenar. 

Tok Janggut dan penduduk Pasir Puteh ketika itu menentang pihak British kerana kezaliman mereka mengenakan cukai yang tidak munasabah terhadap petani yang rata-rata dalam kemiskinan dan serba kekurangan.

Satu lagi faktor yang sengaja diketepikan oleh penulis Barat ialah punca sebenar penentangan Tok Janggut dan pengikutnya adalah kerana menyahut seruan Kerajaan Turki Uthmaniah yang diserang oleh Britain dalam Perang Dunia Pertama 1915 supaya semua umat Islam bangun berjihad menentang penjajah Barat. Perjuangan Tok Janggut di Pasir Puteh ketika itu sebenarnya 'JIHAD' menentang kezaliman kafir Barat dan kematian Tok Janggut dan pengikutnya ialah 'mati syahid'.

Tok Janggut bukan penjenayah, Tok Janggut ialah pejuang di jalan Allah yang mati syahid.
Mayat Tok Janggut digantung kepala di bawah.
Mayat pejuang syahid yang dihina penjajah....?
Pusara Tok Janggut kini...?

13 Disember 2010

TRAK LANGGAR BOM...?

ANGGOTA keselamatan dan penduduk Afghanistan sedang memeriksa kawasan kejadian di Kandahar, semalam.
Serangan dipercayai angkara pejuang Taliban 


KANDAHAR: Sekurang-kurangnya 15 orang awam, termasuk kanak-kanak terbunuh apabila trak yang mereka naiki terlanggar bom tepi jalan di selatan Afghanistan semalam, kata pegawai.

Sumber: Berita Harian Online, 13/12/2010

ANAK JUTAWAN BUNUH DIRI...?

pix_gal0

NEW YORK: Mark Madoff (atas), anak sulung Benard Madoff, jutawan yang terbabit dengan skandal menipu pelabur menerusi skim Ponzi (skim cepat kaya) bernilai berbilion-bilion dolar dua tahun lalu, ditemui mati tergantung di pangsapurinya di New York pagi semalam, dipercayai membunuh diri, kata pegawai.

Jurucakap jabatan polis New York berkata, Mark, 46, ditemui bapa mentuanya tergantung di saluran paip siling pangsapurinya, manakala anak lelakinya berusia dua tahun, tidur di bilik bersebelahan.

Sumber: Berita Harian Online, 13/12/2010

CHONG WEI JUARA TERBUKA HONG KONG...?

CHONG Wei (kanan) dan Taufik bersama hadiah juara dan naib juara Terbuka Hong Kong yang mereka menangi, semalam.
CHONG Wei (kanan) dan Taufik bersama hadiah juara dan naib juara Terbuka Hong Kong yang mereka menangi, semalam.

Sumber: Berita harian Online, 13/12/2010