PILIHANKU

TAJAAN

08 Julai 2013

NAHAS BOEING 777 ASIANA AIRLINES...?

Officials probe why crashed SF jet flew too slow
Official probes if rescuers ran over SF crash victim
This image released by the National Transportation Safety Board Sunday, July 7, 2013, shows NTSB workers near the Boeing 777 Asiana Airlines Flight 214 aircraft. The Asiana flight crashed upon landing Saturday, July 6, at San Francisco International Airport, and two of the 307 passengers aboard were killed. (AP Photo/NTSB)
Foto-foto kemusnahan Boeing 777 Asiana Airlines 214 Aircraft kepunyaan syarikat Korea yang ditimpa kemalangan di San Francisco pada 7 Julai 2013. Dua orang terbunuh manakala 180 lagi penumpang dimasukkan ke hospital.

MALAYSIA DI TANGGA KE-5...?

KEDUDUKAN MUTAKHIR
KEJOHANAN HOKI LIGA DUNIA 2013 JOHOR BHARU
  1. JERMAN
  2. ARGENTINA
  3. ENGLAND
  4. KOREA
  5. MALAYSIA
  6. JEPUN
  7. PAKISTAN
  8. AFRIKA SELATAN

Jerman: Juara Kejohanan Liga Hoki Dunia Semi Final 2013

KLATE KE-4 LIGA SUPER...?

DUA TENTERA MAUT DI CHICA...?

KOTA BHARU 7 Julai - Dua anggota tentera Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (21 RAMD) maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terputus dua setelah merempuh sebuah treler yang berhenti di bahu jalan di Kampung Chicha, Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh malam tadi.
Kereta jenis Honda Accord itu sebelum kejadian dikatakan terbabas setelah melanggar belakang sebuah kereta di hadapan yang sedang membuat pusingan U.
Kedua-dua mangsa yang maut ialah Firdaus Abd. Rani, 23, dan Mohd. Norhamidi Ismail, 23, manakala dua lagi mangsa yang cedera ialah pemandu kereta itu, Ferdaus Che Fadzil, 25, dan penumpang belakang, Halim Hussain, 24.

Utusan online 7/7/2013.


06 Julai 2013

KLATE GOMO JUARA LIGA SUPER 2013...?

stream live kelantan vs lions xii 6 july 2013 siaran langsung kelantan vs lions xii 6 7 2013
KLATE PULIHKAN MARUAH NEGARA..!!
Ketika perlawanan bola sepak antara juara FA dengan juara Liga Super berlangsung pada malam ini, penulis berada di bandar Dungun Terengganu kerana urusan rasmi. Hampir semua gerai makan di bandar Dungun penulis jejaki untuk melihat siaran langsung perlawanan bola sepak juara lawan juara, iaitu Kelantan (Juara FA) melawan LionsXII (Juara Liga Super), namun semuanya sama ada tidak memilih channel sukan astro atau langsung tiada astro. Sedangkan perlawanan penting itu disiarkan astro melalui channel 817. Jadi kebanyakan peminat bola di Dungun hanya melihat perlawanan antara Johor DT dengan Selangor. Kecewa bukan kepalang.... masa dan minyak kereta terbuang begitu sahaja... namun akhirnya terubat juga setelah mendapat berita gembira seperti di bawah:-
  • KELANTAN VS LIONSXII: 2 - 0
  • T-TEAM VS TERENGGANU: 2 - 2
  • JOHOR DT VS SELANGOR: 1 - 1
  • PAHANG VS PKNS FC: 5 - 4 
  • ATM VS PERAK: 0 - 1
* Singapura tidak lagi boleh mendabik dada mengatakan bahawa pasukannya yang terbaik, kerana terbukti Kelantan lebih baik......

04 Julai 2013

MALAYSIA TUMPAS 0 - 6...?


Malaysia belum layak mencabar Jerman dalam permainan hoki. Perlawanan peringkat suku akhir antara Malaysia dengan Jerman pada malam ini seolah-olah perlawanan pemanas badan untuk pasukan Jerman dan mutu permainan kedua-dua buah pasukan amat ketara, seperti langit dengan bumi. Malaysia yang dikatakan akan membuat kejutan, terkulai layu dibaham Jerman enam kosong tanpa balas.

KEPUTUSAN PERLAWANAN SUKU AKHIR:-
  • MALAYSIA VS JERMAN: 0 - 6
  • ARGENTINA VS AFRIKA SELATAN: 2 - 0
  • KOREA VS PAKISTAN: 4 - 3
  • ENGLAND VS JEPUN: 5 - 0
PASUKAN LAYAK KE SEPARUH AKHIR:-
  • JERMAN
  • ARGENTINA
  • KOREA
  • ENGLAND

TENTERA GULING MESIR...?

MURSI JADI TAHANAN...?
Penyokong Mursi sedang mendengar ucapan...

KAHERAH 4 Julai - Jurucakap pergerakan Ikhwan Muslimin, Gehad El-Haddad berkata, Presiden Mesir, Mohammed Mursi kini ditahan selepas digulingkan oleh tentera semalam.
Katanya, Mursi ditahan di ibu pejabat Pengawal Republik sebelum dipindahkan ke Kementerian Pertahanan.
"Selain Mursi, tentera turut menahan lebih 300 pemimpin dan anggota pergerakan Ikhwan Muslimin," katanya kepada DPA.
Sementara itu, Panglima Tentera Mesir, Abdel-Fattah al-Sissi berkata, Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adli Mansour dilantik memimpin kerajaan sementara sehinggalah pilihan raya awal diadakan. - DPA



03 Julai 2013

5 SEKELUARGA MAUT DI MUKAH...?



MUKAH, 3 Julai (Bernama) -- Enam orang termasuk bayi lelaki berumur sembilan bulan, terbunuh dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan pikap Toyota Hilux dan kereta di Km113 Jalan Sibu-Bintulu Rabu.Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta Mohd Serhan Suaib, 35, dari Kampung Simunul, Semporna, isterinya Dayang Norhayati Tusin, 30, anak lelaki mereka Danish Nurhan, sembilan bulan, adik Norhayati, Norafizah Tusin, 23, dan Siti Nur Rasidah Mohd Adi Azri, dua tahun.
Kelima-lima mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
Seorang lagi mangsa, Napsiah Hassan, 61, penumpang Toyota Hilux yang dipandu suaminya, Ali Kamat, disahkan meninggal dunia di klinik kerajaan di Tepus, Ulu Selangau.

Bernama.

24 MAUT DALAM GEMPA ACEH...?



JAKARTA, 3 Julai (Bernama) -- Korban jiwa dalam bencana gempa bumi berkekuatan 6.2 pada skala Richter di daerah Bener Meriah, Aceh meningkat dua orang Rabu, menjadikan jumlah mangsa yang maut akibat kejadian itu kepada 24 orang.
Laporan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia mencatatkan bahawa 14 orang meninggal dunia di daerah Bener Meriah manakala di Aceh Tengah, 10 orang terkorban.
Dua orang penduduk pula dilaporkan hilang di daerah Bener Meriah.
Sejumlah 249 orang yang cedera dalam bencana itu kini diberikan rawatan di hospital daerah Bener Meriah dan Aceh Tengah.

Gempa bumi pada pukul 2.37 petang Selasa waktu tempatan dan berpusat di 35km Barat Daya daerah Bener Meriah diikuti dengan dua gempa susulan di tempat yang sama pada sebelah malamnya dengan catatan magnitud 5.5 pada skala Richter dan 5.3 skala Richter.

Laporan awal menyebut bahawa gegaran kuat gempa itu memusnahkan ribuan bangunan serta rumah penduduk.

Sumber: Bernama

3 MYANMAR MAUT TERTIMBUS...?


KUALA LUMPUR 3 Julai - Penghuni di kawasan berbukit di sekitar Hulu Klang dikejutkan lagi dengan insiden tanah runtuh dan kali ini mengakibatkan tiga pekerja binaan warga Myanmar maut manakala seorang lagi cedera.
Runtuhan tanah ini dipercayai berikutan hujan sejak beberapa hari lalu menyebabkan berlaku pergerakan tanah termasuk di sebuah tapak pembinaan di Sierra Ukay, Ukay Perdana hari ini.
Dalam kejadian pukul 11.25 pagi itu, tiga pekerja yang tertimbus dan maut ialah Mohamad Alam Yusup Ali, 33; Abdul Korim Was Korim, 36, dan Ramzawihakim Soyotdulah, 26.

Utusan online, 3/7/2013.

FARID KAMIL JADI AYAH...?



Pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle dikhabarkan telah mendapat anak lelaki pada Selasa lepas. Farid telah memaklumkan bahawa isterinya dijadualkan akan bersalin pada 15 Julai tetapi proses kelahiran berlaku lebih awal.

PIALA LIGA SUPER DIRAMPAS SINGAPURA...?

Liga Super ke Singapura
Sah. Liga Super Malaysia menyeberangi Tambak Johor buat kali pertama. Piala yang menjadi kebanggaan serta rebutan pasukan-pasukan negeri dan kelab di Malaysia akhirnya dimenangi LionsXII, wakil negara Singapura. Dalam perlawanan yang ke-21 semalam, LionsXII berjaya menundukkan Felda United dengan agregat 4 - 0 di gelanggang sendiri. 

23 MAUT NAHAS MI-8...?

Mi-8 Foto hiasan
MOSCOW 3 Julai - Sebanyak 23 orang terbunuh dalam nahas helikopter di Siberia semalam dan dipercayai 10 orang kanak-kanak antara mangsa dalam nahas tersebut.
Memetik berita Itar-Tass, Timbalan Perdana Menteri, Anatoly Skrybykin berkata, helikopter Mi-8 yang membawa tiga orang anak kapal dan 25 orang penumpang itu terhempas di kawasan pergunungan di wilayah Yakutia akibat cuaca buruk.
"Tiga orang anak kapal dan seorang wanita bersama kanak-kanak dipercayai selamat," ujarnya. - DPA

KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER 2013...?


Setelah selesai 21 perlawanan pada malam tadi, Kelantan berjaya memanjat tangga ke-5 Liga Super setelah meneruskan langkah kanan kemenangan dengan menundukkan Perak di Ipoh dengan jaringan 1 - 0. 
Rakyat Kelantan sedang menunggu perarakan Piala FA ..... 

02 Julai 2013

MESIR MAKIN BERGOLAK...?

Mesir makin tegang
Kaherah: Mesir terus tegang semalam selepas jutaan penunjuk perasaan membanjiri jalan raya menuntut Presiden Mohamed Mursi meletak jawatan dan militan bertindak membakar ibu pejabat Ikhwanul Muslimin.
Generasi muda bersatu dengan parti liberal dan pembangkang berhaluan kiri dalam tentangan hebat pada ulang tahun pertama Morsi sebagai presiden kelmarin, melaungkan rakyat menuntut kejatuhan rejim. Demonstrasi, yang mengumpulkan setengah juta rakyat di Dataran Tahrir di Kaherah dan jumlah sama di Iskandariah, adalah terbesar sejak kebangkitan rakyat yang menumbangkan pemerintahan Hosni Mubarak pada 2011. 

TG. AMALIN LAWAT HRPZ II...?


KOTA BHARU 1 Julai - Adinda Sultan Kelantan, Tengku Amalin A'ishah Putri bersama suami, Pengiran Muda Abdul Qawi berangkat melawat wad kanak-kanak di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini hari ini.
Tengku Amalin yang baharu melangsungkan perkahwinan Jumaat lalu kelihatan berseri-seri di samping suami tercinta.
Adinda bongsu Sultan Muhammad V itu tiba kira-kira pukul 11 pagi dengan mengenakan busana berwarna kuning langsat, manakala suaminya pula segak berkemeja biru.
Semasa lawatan berkenaan, Tengku Amalin sempat meluangkan masa kira-kira sejam untuk beramah mesra dengan pesakit-pesakit di tiga wad kanak-kanak iaitu Wad 1, 4 dan 5.


Sumber: Utusan Online, 1/7/2013

BENJY DITUDUH KES DADAH...?


KUALA LUMPUR 2 Julai 2013 - Pelakon era 90-an, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy menghadapi pertuduhan kes dadah di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini. - UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR

BOLA PECAHKAN KELUARGA...?


Ini pun lawak juga.... Nasib baiklah isteri saya orang Klate jugok....
Kesan bola terhadap keluarga...!

Sumber: fb

LAWAK MAT YO...?



Antara lawak popular di facebook ketika ini. Mat Yo pemain bintang Johor DT digambarkan sedang mengimpikan SUV Audi. Gurauan sebegini sepatutnya dihentikan. Walaupun sekadar humor, namun pasti ada yang terasa... lawak-lawak tu....biarlah berpada-pada.

KLATE MENANG 1 - 0...?


LIGA SUPER MALAYSIA 2 JULAI 2013:- (Keputusan Semasa)
  • LIONSXII VS FELDA UNITED: 4 - 0
  • N. SEMBILAN VS JOHOR DT: 0 - 2
  • PAHANG VS ATM: 2 - 1
  • PERAK VS KELANTAN: 0 - 1
  • SELANGOR VS T-TEAM: 4 - 1
  • TERENGGANU VS PKNS FC: 0 - 0

MALAYSIA TEWAS 1 - 2..?


LIGA HOKI DUNIA 2013 (2 JUL 2013):-
  • MALAYSIA VS ENGLAND: 1 - 2
  • ARGENTINA VS KOREA: 3 - 0
  • JERMAN VS JEPUN: 3 - 1
  • PAKISTAN VS AFRIKA SELATAN: ?

01 Julai 2013

PERGINYA TOKOH AKADEMIK MELAYU...?


Tan Sri Awang Had Salleh
Tokoh akademik Prof. Emeritus Tan Sri Awang Had Salleh meninggal dunia pada pagi 1 Julai 2013 kerana komplikasi paru-paru. Allahyarham, 79 tahun meninggal dunia jam 3.03 pagi di Hospital Putrajaya.
Al-fatihah untuk roh beliau semoga ditempatkan oleh-Nya bersama-sama orang yang beriman.

Amin.

LAPORAN AKHBAR...?

MAT YO BUANG PINGAT....

Pembaca boleh membaca sendiri berita tentang tingkah laku Mat Yo. Tentang berita yang ditulis, saya tidak berapa setuju dengan kenyataan wartawan yang seolah-olah menyalahkan pengadil apabila membatalkan jaringan gol oleh Mat Yo setelah dia melakukan kekasaran. Beliau terlebih dulu telah mendengar tiupan wisel pengadil, dan sepatutnya dia tidak meneruskan sepakan ke arah gol. Pada pendapat saya, sepatutnya pengadil melayangkan kad kuning kepada Mat Yo atas tindakan yang tidak profesional itu.

MAT YO BUANG MEDAL...?

Gambar-Johor-Military-Force-JMF
Mat Yo buang medal ke dalam tong sampah...?
Jika benar-benarlah berita yang mengatakan Mat Yo atau nama sebenarnya Norshahrul Idlan Talaha, membuang medal yang diterimanya daripada YTM Tengku Mahkota Kelantan, maka jelaslah betapa tidak profesionalnya Mat Yo sebagai seorang pemain bola sepak yang berstatus bintang. Beliau sepatutnya menerima kekalahan dengan hati yang terbuka, kerana rata-rata pemain Johor tenggelam dek kelebihan pemain dan taktikal pemain lawan malam kelmarin. Mungkin juga Mat Yo marah dengan aksi sorakan spontan oleh penyokong TRW yang masih tidak melupakan aksi beliau semasa meraikan jaringannya ketika mengalahkan Kelantan dalam saingan Liga Super di Johor Bahru sedikit masa dulu. Beliau nampak seolah-olah melepaskan geram dan dendam kepada pasukan yang pernah diwakilinya dengan terlebih gaya.
Apa-apa pun, adat permainan... ada kalah, ada menang. Tak semestinya pasukan kita akan menang memanjang. Cuba lagi pada tahun hadapan.

BRAZIL BENAM SEPANYOL 3 - 0...?

MUNCUL JUARA PIALA KONFEDERASI 2013..
Brazil berjaya muncul juara dalam Kejohanan Bola sepak Konfederasi 2013 setelah membelasah Sepanyol 3 - 0 dalam perlawanan akhir pada pagi tadi. 
Neymar
Neymar meraikan gol kedua Brazil...