PILIHANKU

TAJAAN

30 April 2011

POLIS WANITA CEDERA DILANGGAR PENGEDAR...?


29 APRIL 2011: Konstabel Rohayu Samlan, 24, yang cedera selepas dilanggar oleh seorang suspek disyaki pengedar dadah di Taman Bukit Mas dan kini di rawat di Hospital Tuanku Jaafar, di Seremban. - Utusan/ABDUL RAZAK AID

Sumber: Utusan Malaysia Online, 30/4/2011

TUNGGU APA LAGI DSAI...?


29 APRIL 2011: Datuk Shazryl Eskay Abdullah (tengah) ditemani Tan Sri Rahim Thamby Chik (kiri) dan Datuk Shuib Lazim melafazkan sumpah laknat sambil memegang al-Quran berhubung rakaman video seks melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang, di ruang solat Masjid Amru Al As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. - Utusan/ISMAIL KAMADIN

Sumber: Utusan Malaysia Online, 30/4/2011

GUANO PERAK..?

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 29/4/2011:-
  • TERENGGANU VS SELANGOR: 1 - 1
  • PERAK VS KEDAH: 1 - 3

29 April 2011

BERITA UTAMA UTUSAN...?


28 APRIL 2011: Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melakukan sumpah mubahalah berhubung rakaman video seks ketika mengadakan sidang media, di Hotel Impiana, Kuala Lumpur. - Utusan/SAIFUL BAHARI ASHARI

28 APRIL 2011: Dua pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengelak wajah mereka dirakam ketika dibawa ke Mahkamah Majistret atas tuduhan memiliki 7kg ganja mampat, di Kangar. - Utusan//FAIZAL ABU HASSAN

28 APRIL 2011: Sebahagian anggota kadet polis bergambar beramai-ramai selepas majlis penutup kor kadet polis sekolah-sekolah peringkat negeri Melaka di IPK Melaka, Bukit Beruang - Utusan/AZLI AHAD

27 APRIL 2011: Ahli perniagaan, Datuk Shazry Eskay Abdullah dikerumini pihak media ketika beliau tiba bagi menyerahkan sampel DNA-nya kepada pihak polis bagi membantu siasatan berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang di Bukit Aman, Kuala Lumpur. - Utusan

Sumber: Utusan Malaysia Online, 29/4/2011

28 April 2011

PART 2 VIDEO SEKS...?



KUALA LUMPUR – Bahagian kedua rakaman video seks hitam putih yang pelakunya didakwa seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang bersama pelacur China mula tersebar di Internet semalam.
Rakaman berdurasi satu minit 47 saat itu dipercayai rakaman akhir selepas pasangan itu dipercayai melakukan hubungan seks.
Klip video itu memaparkan gelagat pelaku lelaki yang mulanya memakai tuala seolah-olah baru mencuci badannya. Dia berbogel sebelum mengenakan pakaian dan meninggalkan bilik tersebut.
Si wanita pula berbogel sebelum masuk ke bilik air.
Dalam klip itu, bahagian alat sulit pasangan itu dikaburkan.
Klip video yang tersebar dalam Internet bermula pukul 2 petang semalam dipercayai susulan daripada rakaman video seks yang mula tersebar dalam Internet pada 3 April lalu.
Sumber: Kosmo! Online, 28/4/2011

MESSI LUAR BIASA...?

PERLAWANAN LIGA JUARA-JUARA EROPAH 27/4/2011:

  • REAL MADRID VS BARCELONA: 0 - 2

Scoring Summary

Real MadridBarcelona
 Lionel Messi (76')
 Lionel Messi (87')

26 April 2011

TENTERA TEMBAK PENUNJUK PERASAAN...?

Tentera Syria menembak mati 11 orang penunjuk perasaan 
Tanks storm Syrian flashpoint town, 25 dead: ...
In this citizen journalism image made on a mobile ...
Syria sends tanks into Deraa, where uprising ...
Soldiers take up position near a tank on a street ...
25 dead in Daraa crackdown, Syria says troops ...
Thousands of soldiers backed by tanks and snipers moved in before dawn to the city where Syria's anti-government uprising began, causing panic in the streets when they opened fire indiscriminately on civilians and went house-to-house rounding up suspected protesters. At least 11 people were killed and 14 others lay in the streets — either dead or gravely wounded, witnesses said.

BERITA UTUSAN...?


25 APRIL 2011: Para anggota polis membuat siasatan di kawasan tempat di mana 10 batang jari manusia(gambar kecil) ditemui di Taman Seri Putra Emas, Kuang, Kuala Lumpur. - Utusan/AHMAD ZAKKI JILAN


25 APRIL 2011: Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail (terlindung) kelihatan sihat dan ceria ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mengikuti perbicaraan kes liwatnya terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan, di Kuala Lumpur. - Utusan/AMIN FARIJ HASAN

25 APRIL 2011: Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan (kanan) dan Presiden MIC Pulau Pinang, Datuk P. Subbaiyah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di Dewan Parlimen, Kuala Lumpur. Maznah dilantik semula manakala Subbaiyah adalah lantikan baru. - Utusan/SAIFUL BAHARI ASHARI

Sumber: Utusan Malaysia Online, 26/4/2011

25 April 2011

ARSENAL MAKIN JAUH...?

Bolton vs Arsenal
Pemain Bolton meraikan kejayaan meleburkan cita-cita Arsenal....?
KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS 24/4/2011:-

  • BOLTON VS ARSENAL: 2 - 1

24 April 2011

TUNJUK KEKUATAN...?


23 APRIL 2011: Pengasas Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju, 70, ditemani anaknya, Putra Al-Farouk (belakang) berenang dari Pulau Besar ke Pulau Upih sejauh 200 meter, di Pulau Besar, Melaka. - Utusan

Sumber: Utusan Malaysia Online, 24/4/2011

ASYRAF MUSLIM BERTUNANG...?


23 APRIL 2011: Pelakon drama Ustaz Amirul, Ashraf Muslim dan Noor Dayana Lokman menunjukkan cincin pertunangan mereka selepas majlis pertunangan pasangan tersebut, di Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor. - Utusan/RASHID MAHFOF

Sumber: Utusan Malaysia Online, 24/4/2011

TERKINI LIGA SUPER...?

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 23/4/2011:-

  • SABAH VS SELANGOR: 1 - 2
  • NEGERI SEMBILAN VS PAHANG: 3 - 1
  • TERENGGANU VS PERAK: 3 - 0
  • KEDAH VS HARIMAU MUDA A: 1 - 2
  • JOHOR FC VS T-TEAM: 2 - 1

23 April 2011

LAPORAN NAHAS UTUSAN...?


20 APRIL 2011: Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mayat Ameri Abdul Rahman,32, yang maut selepas kereta yang dipandunya melanggar sebuah lori muatan pasir di KM 29, Jalan Bahau-Kemayan, di Felda Lui Muda, Jempol. - Utusan/SAJIDA
21 APRIL 2011: Kereta yang dipercayai dipandu menentang arus menyebabkan berlaku kemalangan dengan kereta lain dari arah Seremban di susur keluar Astro, Lebuh Raya Seremban-Sungai Besi, di Kuala Lumpur. - Utusan/SAIFUL BAHARI ASHARI

KLATE GOMO PERLIS LAGI...?

Blog Penyokong The Red Warriors
KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 22/4/2011:-

  • KELANTAN VS PERLIS: 4 - 0
  • KUALA LUMPUR VS FELDA UNITED: 0 - 0

22 April 2011

REAL MADRID JUARA SEPANYOL...?


REAL MADRID JUARA SEPANYOL...?

VALENCIA 21 April - Tandukan Cristiano Ronaldo pada masa tambahan, membawa Real Madrid muncul juara Piala Raja Sepanyol selepas menumpaskan musuh ketat, Barcelona 1-0 pada perlawanan akhir, pagi tadi.
Ini merupakan kemenangan ke-18 buat skuad bimbingan Jose Mourinho itu, sekali gus memberi suntikan semangat tambahan buat mereka, seminggu menjelang separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah yang menemukan dua gergasi bola sepak Sepanyol itu sekali lagi.
Malah, kemenangan tersebut juga menebus kekecewaan Real yang gagal mengutip mata penuh dalam perlawanan terakhir liga, apabila diikat 1-1 oleh Barcelona dalam perlawanan di gelanggang sendiri.
Kemenangan di Stadium Mestalla itu menamatkan kemarau tanpa kejuaraan yang melanda Real sejak kali terakhir merangkul kejuaraan liga pada 2008. - AFP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 21/4/2011

IMAM DIPERINTAH KELUAR JERMAN...?

TENTANG AMALAN HOMOSEKSUAL...?
BERLIN 22 April – Jerman mengarahkan seorang pengkhutbah Islam dari Jamaica meninggalkan negara ini dalam tempoh tiga hari.
Pihak berkuasa mengarahkan pengusiran terhadap Bilal Philips yang lahir di di Jamaica, tetapi membesar di Kanada itu selepas satu perhimpunan Islam diadakan di Frankfurt, kelmarin.
Philips dikritik kerana menyifatkan homoseksual sebagai jahat dan berbahaya serta menyokong pelaksanaan hukuman mati untuk mengurangkan jenayah. – AFP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 22/4/2011

20 April 2011

PELUMBA MUDA NAIK PODIUM...?



PELUMBA muda negara, Mohd. Adiq Hussainie Othman melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menaiki podium pada Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Korea 2011 semalam.
Pada perlumbaan peringkat kelima dari Danjing ke Chungjun sejauh 148.50 kilometer (km) itu, Adiq berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
Kejayaan Adiq yang juga pemenang pingat gangsa acara perlumbaan mata pada Kejohanan Asia (ACC 2011) di Korat, Thailand Februari lalu turut dikongsi pasukan kebangsaan Malaysia.
Ini kerana Malaysia berjaya menduduki tempat pertama pada perlumbaan peringkat kelima tersebut yang dianggap antara laluan paling getir pada Jelajah Korea 2011.
Sumber: Kosmo! Online, 20/4/2011

PEMANDU BAS TERSEPIT 2 JAM...?



IPOH - Seorang pemandu nyaris maut selepas bas ekspres yang dipandunya merempuh belakang sebuah treler yang sarat dengan muatan besi buruk di Kilometer 266, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Jelapang di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.10 malam itu, Juwanto Jairot, 42, parah akibat tersepit besi yang menusuk bahagian depan bas berkenaan selama hampir dua jam.
Ketua Trafik Daerah Ipoh, Deputi Supritendan Mohd. Rodzi Rajab berkata, semasa kejadian bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang itu membawa 15 penumpang yang kebanyakannya pelajar universiti.
Sumber: Kosmo! Online, 20/4/2011

KRIS DAPAT ANAK EKSPRES...?



JAKARTA – Penyanyi Kris Dayanti akhirnya mengaku dia telah hamil empat bulan dan terpaksa menerima hakikat itu biarpun dilempar dengan pelbagai kecaman oleh masyarakat Indonesia kerana mengandung anak luar nikah.
Mahu atau tidak, Kris, 36, dan suaminya, Raul Lemos, 40-an, menerima berita itu dengan rasa tanggungjawab selepas menyedari kesilapan mereka sebelum berkahwin.
“Kami sudah dewasa. Kami menerima berita ini (kehamilan) dengan rasa tanggungjawab,’’ jelas Kris yang kini berada di Bali bersama suaminya.
Kris bernikah dengan usahawan dari Timor Leste itu pada 20 Mac lalu.
Dalam teks khidmat pesanan ringkas (SMS), Kris memberitahu Kosmo!, dia pada mulanya tidak berniat menghebahkan secara terbuka berita kehamilan itu kerana ia perkara sensitif.
Namun Kris berpendapat, adalah lebih baik dia sendiri mengesahkan perkara itu daripada membiarkan ia keluar dari mulut orang lain.
“Benda ini (kehamilan) sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul cerita yang tidak betul seperti saya melakukan abortion (gugurkan kandungan) pula,” katanya.
Sumber: Kosmo! Online, 20/4/2011

NAHAS UDARA DI INDIA...?

Gambar hiasan

17 maut helikopter terhempas di India

GUWAHATI, India 19 April - Seramai 17 orang maut apabila sebuah helikopter persiaran terhempas di kawasan pergunungan berhampiran sempadan China, hari ini.
Helikopter yang membawa 23 orang pelancong tempatan itu dilaporkan terbakar ketika hendak mendarat di negeri timur laut Arunanchal Pradesh.
Helikopter tersebut dikatakan merempuh sebuah gaung.
"Enam mangsa yang mengalami luka terbakar berjaya diselamatkan manakala mangsa lain dilaporkan terbunuh," kata pegawai daerah Tawang tempat nahas itu berlaku, G. Padu.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 20/4/2011

RED WARRIORS MASUK HA'TU...?

Blog Penyokong The Red Warriors
KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 19/4/2011:-
  • PERLIS VS KELANTAN: 1 - 5
  • FELDA UNITED VS KUALA LUMPUR: 2 - 1
  • T-TEAM VS JOHOR FC: 1 - 1
  • PAHANG VS NEGERI SEMBILAN: 1 - 1
  • PERAK VS TERENGGANU: 1 - 0
  • SELANGOR VS SABAH: 1 - 0

19 April 2011

1000 MAUT DI MISRATA...?


Tentera pemberontak memberikan tentangan sengit...?

MISRATA, Libya - Dianggarkan 1,000 orang terbunuh dan 3,000 yang lain cedera di bandar Misrata apabila tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menyerang lokasi itu dengan menggunakan kereta perisai dan penembak curi sejak enam minggu lalu, kata seorang doktor semalam.
"Kira-kira 80 peratus kematian melibatkan orang awam," kata Dr. Khaled Abu Falgha yang bertindak selaku pentadbir di sebuah hospital utama di Misrata.
Sumber: Kosmo! Online, 19/4/2011

MAUT TERMINUM CUKA GETAH...?

PASIR MAS – Seorang wanita yang dirawat di hospital sejak seminggu lalu akibat terminum cuka getah yang disangkanya air oren akhirnya meninggal dunia semalam.
Mangsa, Lijah Mamat, 88, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 pagi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.
Menurut anak lelaki mangsa, Abdullah Che Wook, 63, arwah dimasukkan ke hospital itu akibat terminum cuka getah pada Selasa lalu.
Menceritakan kejadian tersebut, katanya, mangsa ketika itu berada di rumah bersama emak saudaranya, Siti Hawa Ibrahim, 77.
“Sambil berbual-bual, emak saya kemudian menuang air yang disangkanya air oren ke dalam gelas lalu meminumnya.
Sumber: Kosmo! Online, 19/4/2011

AMARAN TSUNAMI DI NEW ZEALAND...?

New Zealand dilanda gempa 6.6 Skala Richter

19/04/2011 2:50am

WELLINGTON 19 April – Gempa bumi kuat di bawah laut berukuran magnitud 6.6 melanda pantai timur laut New Zealand hari ini, lapor Pusat Pantauan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).
Dalam pada itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami namun tiada sebarang ancaman dilaporkan.
Menurut USGS, gempa tersebut berlaku pada pukul 11.03 malam waktu Malaysia di 550 kilometer timur Auckland dengan pusat gempa sedalam 90 kilometer. – AFP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 19/4/2011

DATUK 'T' KENA DAKWA...?

Trio 'Datuk T' berhadapan tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR 18 April - Trio 'Datuk T' mungkin berhadapan tindakan undang-undang jika Peguam Negara (AG) memutuskan pendakwaan atas kesalahan menayangkan rakaman video seks yang pelakon lelakinya didakwa mempunyai mirip wajah seorang pemimpin parti pembangkang baru-baru ini.
Tindakan terhadap ketiga-tiganya iaitu Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim boleh dilakukan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pendakwaan itu bergantung kepada AG yang akan membuat keputusan selepas melihat laporan hasil siasatan polis.
"Ada kemungkinan (pendakwaan), tetapi polis membuat tindakan apabila mendapat keputusan AG," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 19/4/2011