PELUMBA muda negara, Mohd. Adiq Hussainie Othman melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menaiki podium pada Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Korea 2011 semalam.
Pada perlumbaan peringkat kelima dari Danjing ke Chungjun sejauh 148.50 kilometer (km) itu, Adiq berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
Kejayaan Adiq yang juga pemenang pingat gangsa acara perlumbaan mata pada Kejohanan Asia (ACC 2011) di Korat, Thailand Februari lalu turut dikongsi pasukan kebangsaan Malaysia.
Ini kerana Malaysia berjaya menduduki tempat pertama pada perlumbaan peringkat kelima tersebut yang dianggap antara laluan paling getir pada Jelajah Korea 2011.
Sumber: Kosmo! Online, 20/4/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan