PILIHANKU

TAJAAN

31 Mei 2010

KOMANDO ISRAEL MENYERBU KAPAL MISI BANTUAN...?



GAMBAR dirakam daripada siaran TV Turki menunjukkan bot komando Israel mendekati kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Gambar bawah, komando Israel menceroboh kapal misi bantuan menyebabkan lebih 10 aktivis bantuan kemanusian untuk penduduk Gaza terbunuh. - Foto AFP
May 31, 2010 5:50 pm
Sumber : Berita Harian Online, 31/5/2010

PIALA DUNIA 2010: Berita terkini...?



    Carlos Vela of Mexico in action against Gambia
    Aksi perlawanan pemanas badan antara Mexico dengan Gambia

TAMAN NEGARA PAHANG, MALAYSIA: Alam semula jadi yang mempesonakan...?








CALCUTTA: Nahas Kereta api meragut 145 nyawa...?




CALCUTTA, India 30 Mei - Perkhidmatan kereta api di sepanjang timur India menyambung semula operasi hari ini selepas dua hari tragedi kemalangan kereta api akibat disabotaj pemberontak Mao meragut 145 nyawa, kata pihak berkuasa.
Sebanyak 13 buah gerabak kereta api berkelajuan tinggi itu tergelincir sebelum dilanggar oleh sebuah kereta api kargo di barat Bengal awal Jumaat lalu. Polis mendakwa pemberontak melakukan sabotaj terhadap landasan kereta api.
Ketua Inspektor Polis Calcutta, Surojit Kar Purkayastha berkata, sekurang-kurangnya 150 orang masih dirawat akibat kecederaan teruk di hospital berdekatan tempat kejadian di bandar kecil Sadiha, kira-kira 150 kilometer arah barat ibu negeri Calcutta.
Sumber: Ubah suai daripada Utusan Online, 31/5/2010.

GURU: Profesion pilihan...?


Guru lepasan ijazah jadi rebutan







KOTA BHARU 30 Mei - Bidang perguruan semakin mendapat perhatian masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda apabila jumlah siswazah yang memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kian bertambah.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, pihaknya menerima 40,000 permohonan KPLI setiap tahun iaitu jumlah yang sangat ramai.
''Selain siswazah, KPLI turut menjadi buruan golongan yang telah bekerja dan sanggup melepaskan jawatan sebagai peguam, jurutera, pegawai eksekutif dan pensyarah bergaji lebih lumayan untuk menjadi seorang guru.
''Perkembangan ini amat menakjubkan kerana mereka sanggup mengorbankan kerjaya yang telah diterokai dan melepaskan gaji tinggi semata-mata menjadi seorang guru," katanya.

Sumber: Ubah suai daripada Utusan Online, 31/5/2010

SAYA TAK TAHU...?


Pas Tidak Tahu, Belum Bincang TPM II -Hadi

May 30th, 2010 | By administrator | Category: Berita Pilihan
ISU PELANTIKAN TPM II
DENGKIL, 30 Mei – Memang bukan  dalam rancangan, bukan  dalam kesepakatan pakatan pembangkang, cuma tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tarik perhatian  dalam kongres PKR kali ini.
Apabila ditanya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau berkata dia tidak mengetahui  janji Anwar bagi mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II untuk pemimpin Dap sekiranya pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Malah beliau berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam pakatan itu.
“Saya tak tahu, kita belum bincang. Itu pandangan peribadi dia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas menyaksikan majlis pecah tanah projek pembinaan Kompleks Pas yang bernilai RM30 juta di Paya Indah, di sini hari ini.
Sumber : Ubah suai daripada Blog UMNO Online, 30/5/2010

ANWAR DI KOTA BHARU...?



Jangan Kacau Subsidi Rakyat jelata…

Saya nak nasihat pada najib!! Ambik 20 Billion daripada subsidi IPP,ambik 20 Billion daripada duit rasuah yang bocor daripada projek Kerajaan,Jangan Kacau Subsidi Rakyat jelata…jangan ganggu subsidi rakyat.Ini boleh selamatkan Kerajaan.Kalau dah tak tahu nak menguruskan Ekonomi Negara ,Kita mintak mereka undur… kalau tak mahu undur,kita kalahkan mereka dalam pilihanraya yang akan datang…Dan ini dia cara yang kita boleh buat untuk pastikan kita bawa perubahan pada rakyat -DSAI,29.5.2010 Ceramah Perdana Pemimpin Pakatan Rakyat,Padang Perdana Kota Bharu Kelantan
Sumber: Blog Pinkturtle, 30/5/2010

30 Mei 2010

ACHEH BARAT : AWAS WANITA BERSELUAR KETAT...?




JAKARTA, May 27 — In a bid to implement Islamic law to the letter, Indonesia’s West Aceh district yesterday started giving away long, loose skirts to cover up Acehnese women caught wearing tight jeans.
The westernmost province of Aceh on Sumatra is the sole upholder of sharia law in the predominantly Muslim, but secular Indonesia. The previous local parliament passed a controversial law in September allowing adulterers to be stoned to death.
Wilayatul Hisbah, the Aceh sharia police who began this year conducting raids on unmarried couples caught together as well as gamblers and drinkers, today set up road blocks to search cars and buses for women wearing tight trousers.
Offenders were taken away to a security post and their details recorded. They were briefed on sharia law and instructed to put on one of the 20,000 long skirts the local government ordered from tailors in Jakarta. Offenders were also asked to sign an agreement not to repeat the offence.

Sharia police check the identification cards of women caught wearing tight pants during a street raid in Arongan Lambalek district in Indonesia's West Aceh province May 26, 2010. West Aceh province is the only district in Indonesia which prohibits women from wearing outfits deemed 'un-Islamic'. The local government has prepared 16,000 skirts to distribute to women wearing prohibited outfits.


A sharia police officer escorts women caught wearing tight pants during a street raid in Arongan Lambalek district in Indonesia's West Aceh province May 26, 2010. West Aceh province is the only district in Indonesia which prohibits women from wearing outfits deemed 'un-Islamic'. The local government has prepared 16,000 skirts to distribute to women wearing prohibited outfits.


A sharia police officer speaks to women caught wearing tight pants during a street raid in Arongan Lambalek district in Indonesia's West Aceh province May 26, 2010. West Aceh province is the only district in Indonesia which prohibits women from wearing outfits deemed 'un-Islamic'. The local government has prepared 16,000 skirts to distribute to women wearing prohibited outfits.

PELAKON KENIT MENINGGAL...?

Meninggal kerana pendarahan otak



gambar fail bertarikh 26 Feb. 2008 menunjukkan Gary Coleman dan isterinya, Shannon Price, muncul dalam program televsiyen NBC, Today di New York, Amerika Syarikat.



SALT LAKE CITY - Bintang siri komedi televisyen, Different Strokesyang popular di sekitar tahun 1980-an, Gary Coleman meninggal dunia semalam setelah isterinya, Shannon Price membuat keputusan memilukan untuk mematikan mesin sokongan hayat suaminya, lapor sebuah akhbar.
Pelakon yang tingginya cuma 142 sentimeter itu menghembuskan nafas terakhir di Pusat Rawatan Kawasan Lembah Utah Valley akibat pendarahan otak setelah terjatuh di kediamannya di negeri Utah, Amerika Syarikat (AS) awal minggu ini.
Dia meninggal dunia ketika berusia 42 tahun.
Isterinya, Price, 24, dikatakan membuat keputusan untuk mematikan mesin sokongan hayat suaminya pada pukul 12.05 tengah hari (waktu tempatan) setelah Coleman koma.
Selain isterinya, keluarga terdekat aktor tersebut turut berada di sisinya semasa dia meninggal dunia.
Sepanjang hidupnya, Coleman pernah menjalani dua pembedahan pemindahan buah pinggang dan beberapa kali diserang sawan.
Dia berkahwin dengan Price, seorang wanita kulit putih pada 2007.
Popular dengan ungkapan bermaksud Apa yang kau cakap ni Willis?dalam Different Strokes, Coleman bernasib malang kerana popularitinya merudum setelah meninggalkan siri komedi itu.
Coleman pernah melakukan pelbagai kerja termasuk menjadi seorang pengawal keselamatan sebelum terpaksa menjual barangan peribadinya kerana masalah kewangan manakala pada 1999 dia memfailkan perintah muflis di sebuah mahkamah di AS. - Agensi

TERKINI: KEDUDUKAN KELANTAN DALAM LIGA SUPER 2010...?



Liga Super 2010
Ranking
RankTeamPlayedWDLDiff.Points
1SELSelangor19 16 35 50 
2KELKelantan19 12 26 42 
3TERTerengganu19 11 19 37 
4JFCJohor FC19 10 32 
5KEDKedah19 29 
6NSNegeri Sembilan19 27 
7TTET-Team19 -3 26 
8PERPerlis19 24 
9KLKuala Lumpur19 -6 24 
10PAHPahang19 -9 24 
11KLPKL Plus19 10 -3 19 
12PRKPerak19 10 -8 19 
13JOHJohor19 14 -32 13 
14PENPulau Pinang19 15 -37 8
Sumber: RedKijang.com

MANGSA SERANGAN 2 MASJID DI LAHORE...?


Lebih 80 dikebumi berasingan 


2010/05/30

ANGGOTA Qadiani   berkawal di kawasan perkuburan mangsa serangan dua masjid di Lahore, Pakistan, kelmarin.
ANGGOTA Qadiani berkawal di kawasan perkuburan mangsa serangan dua masjid di Lahore, Pakistan, kelmarin.
Anggota Qadiani batal pengebumian beramai-ramai, bimbang keselamatan 

LAHORE: Mangsa serangan terhadap dua buah masjid kelmarin dikebumikan secara berasingan selepas anggota Qadiani membatalkan pengebumian beramai-ramai lebih 80 mayat, atas alasan mereka bimbang akan diserang lagi.
“Kami tidak puas hati dengan langkah keselamatan yang disediakan. Kami sudah membatalkan pengebumian beramai-ramai,” kata Salim-u-din, jurucakap masyarakat Qadiani atau Ahmadiah Lahore.
“Kami sudah menggali 93 buah kubur untuk upacara pengebumian. Lebih 30 mayat sudah dikebumi setakat ini,” kata jurucakap itu. 

Pengebumian juga dilakukan di Chinab Nagar, sebuah bandar 160 kilometer di barat Lahore dan sebuah pusat spiritual bagi masyarakat Qadiani di Pakistan. 

Pegawai di Lahore berkata angka kematian dalam kejadian kelmarin masih sama. 

“Mengikut rekod saya, 82 orang terkorban, tetapi kami sedang berusaha mendapatkan maklumat terbaru daripada hospital,” kata pegawai pentadbir, Amin Chupra. 
Mangsa dibunuh apabila militan yang disyaki golongan Sunnah yang memakai vest bunuh diri, merempuh masuk ke dewan solat di masjid Garhi Shahu dan Bandar Model, dan melepaskan tembakan dan melemparkan bom tangan serta menahan tebusan. 

“Kami menerima ancaman sejak tahun lalu lagi,” kata Qamar Suleman, pemimpin masyarakat di Garhi Shahu. 

“Tiga orang pengganas mula menyemburkan peluru, saya tidak dapat membayangkannya dengan kata-kata,” kata seorang lagi pemimpin masyarakat, Ishaq Ahmed. 

“Saya percaya saya akan dibunuh jika mereka nampak saya pada bila-bila masa selepas ini,” katanya, yang bersembunyi di pintu masuk masjid ketika serangan. 

Di Chinab Nagar, pasar dan bazar ditutup semalam dan orang ramai kelihatan mengunjungi kubur secara berkumpulan. – AFP 
Ubah suai daripada sumber: Berita Harian, 30/5/2010

IBU PIJAK BAYI...?



SUSPEK mencampak bayi yang didukungnya ke tanah dan mula memijaknya di Zhengzhou, China, baru-baru ini.

ZHENGZHOU – Seorang wanita yang dituduh mencuri sebuah telefon bimbit di China tiba-tiba meroyan dan bertindak ganas dengan mencampakkan bayinya ke tanah dan memijak kanak-kanak berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Insiden mengerikan itu berlaku di bandar ini, wilayah Henan, baru-baru ini setelah seorang pelajar sekolah tinggi bersemuka dengan wanita itu dan seorang rakan wanitanya apabila dia diberitahu oleh beberapa saksi bahawa mereka mencuri telefon bimbitnya.
Tidak lama kemudian, beberapa anggota polis tiba di lokasi kejadian bersama saudara mara pelajar terbabit apabila perbalahan mereka menjadi semakin serius.
Berang ditolak oleh seorang saudara mara pelajar berkenaan, wanita itu tiba-tiba mencampakkan bayi itu ke tanah dan memijaknya menyebabkan budak tersebut menangis kesakitan.
Bayi tersebut bernasib baik kerana tidak cedera manakala wanita terbabit dibawa ke sebuah balai polis untuk disoal siasat. – Agensi
Sumber: Berita Harian, 30/5/2010

PIALA DUNIA 2010: Sedutan Tajuk Utama...?