PILIHANKU

TAJAAN

22 Mac 2013

RAJAGOBAL YANG GAGAL...!

Jika tak pandai menari, janganlah nak disalahkan lantai yang tak rata. Kalau tak ada angin, manakan pokok bergoyang. Begitulah ungkapan yang sesuai ditujukan kepada Rajagobal, jurulatih bola sepak pasukan negara. Isu terbaru yang dicetuskan jurulatih kebangsaan ini ibarat menepuk air di dulang, akhirnya terpercik ke muka sendiri. Rajagobal menuding jari mengatakan bahawa negara ketandusan pemain penyerang kerana dasar FAM yang membenarkan kemasukan pemain import, menyebabkan beliau gagal mendapatkan penyerang berkaliber untuk dibarisi dalam skuad negara. Orang ramai ingin bertanya, apakah tugas Rajagobal sebagai jurulatih yang diberikan kepercayaan penuh oleh FAM? Berapa lamakah lagi masa dan berapa banyak lagi program latihan yang diperlukan? Sedangkan keupayaan pasukan negara masih di takuk lama. Kita sering mendengar ulasan beliau yang sentiasa yakin dan percaya akan kebolehan pasukan, tapi akhirnya pasukan bola sepak Malaysia semakin hari semakin lemah.

3 ulasan:

  1. Insya-Allah.... boleh menang 2 - 1

    BalasPadam
  2. Team Malaysia kena buat sesuatu utk memerkasakan bola sepak negara.

    BalasPadam