Hari ini penulis ingin berkongsi dua cerita pelik yang berlaku di negara seberang Selat Melaka iaitu Indonesia. Kita sering kali dihidangkan pelbagai cerita aneh dan pelik dari sana mungkin kerana populasinya yang begitu padat dan ratusan kepulauannya mampu menghidangkan sesuatu yang luar biasa. Melalui 'TABIR INDONESIA' yang disiarkan Utusan Malaysia, 9 Mac 2013 terdapat dua cerita pelik yang disajikan untuk para pembaca, iaitu yang pertamanya tentang ikan bermulut babi. Ikan yang dikatakan berbadan talapia mempunyai muncung seperti seekor babi lengkap dengan sirip yang juga seakan-akan telinga binatang tersebut.
Ikan ini ditangkap oleh seorang penduduk Murung Jaya, Kalimantan Tengah.
Berita ke-2 pula ialah tentang kisah seorang kanak-kanak perempuan berumur setahun lebih di Daerah Majalengka, Jawa Barat sering mengeluarkan air mata 'darah' ketika menangis.
Cila Melina dipujuk oleh ibu ketika dia menangis dan mengeluarkan 'air mata darah' di Majalengka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan