PILIHANKU

TAJAAN

09 Mac 2013

79 DITANGKAP...?


POLIS TAHAN 79 ORANG PUNYAI KAITAN DENGAN INSIDEN PENCEROBOHAN

Lahad Datu, 8 Mac - Pasukan keselamatan menahan 79 orang yang

disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian pencerobohan kumpulan militan di Kampung Tanduo, dekat sini, sejak 12 Feb lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata mereka ditahan di sekitar Sabah, termasuk di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas kerakyatan mereka yang ditahan itu. "Siasatan masih dijalankan dan hasil soal siasat terhadap mereka telah membawa banyak kejayaan kepada Op Daulat untuk membanteras penceroboh itu," katanya kepada pemberita di markas sementara di Felda Sahabat 16, di sini hari

ini.

Sejak pencerobohan itu, lapan anggota polis terkorban iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna pada 2 Mac manakala di pihak musuh, seramai 52 orang terbunuh.- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan