PILIHANKU

TAJAAN

24 Mac 2013

LITAR SEPANG...?



Litar F1 Sepang merupakan litar perlumbaan yang terletak di daerah Sepang. Berkedudukan hampir dengan Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan kira-kira 60 kilometer dari Ibu Kota Kuala Lumpur.

Sebelum kewujudan Litar F1 Sepang, terdapat dua litar yang pernah menjadi litar utama di Malaysia iaitu Litar Batu Tiga di Shah Alam dan Litar Pasir Gudang di Johor Bharu.

Litar F1 Sepang telah direka bentuk oleh Herman Tilke dari Jerman yang juga pernah mereka bentuk litar di Bahrain, Shanghai dan Turki. Pembinaan Litar F1 Sepang telah bermula pada tahun 21 November 1997 dan telah siap sepenuhnya, setahun kemudian iaitu pada November 1998. Kos permbinaan Litar F1 ialah sebanyak AS$120 Juta. Panjang kesleuruhan litar ialah sepanjang 5.543.00 kilometer.

Litar F1 ini telah dirasmikan pada 07 Mac 1999. Perlumbaan F1 sulung telah berlangsung di Litar Sepang pada Oktober 2009. Juara pertama yang telah dilahirkan ialah Eddie Ervine dari Team Ferrari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan