PILIHANKU

TAJAAN

25 Mac 2013

TOK GURU TETAP TANDING...?



KOTA BHARU 24 Mac - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau bukan sahaja akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13, sebaliknya terus bertanding sampai bila-bila waima terpaksa menggunakan kerusi roda sekali pun.
Menteri Besar itu berkata, beliau hanya akan berundur daripada politik sekiranya Pas tidak memerlukannya lagi manakala bagi pilihan raya umum ini, Pas Pusat telah membuat keputusan supaya beliau wajib bertanding.
“Saya sebut dah kalau parti suruh bertanding, saya bertanding walaupun saya berkerusi roda, saya bertanding, kalau parti kata cukup, cukuplah.
“Sekarang ini sudah ada keputusan daripada pejabat agung dua tiga bulan lepas lagi, Nik Aziz wajib bertanding, Setiausaha Agung Pas (Datuk Mustafa Ali) sudah sebut," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz yang kini berumur 82 tahun telah memegang jawatan sebagai Menteri Besar selama 22 tahun manakala di peringkat Pas Pusat, beliau menjadi Mursyidul Am Pas sejak tahun 1987.
Pada pilihan raya umum 2008, Nik Abdul Aziz yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Nik Zain Omar dengan majoriti 4,249.
Sumber: Utusan Malaysia, 24/3/2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan