PILIHANKU

TAJAAN

20 Mac 2013

BIAR PUTIH TULANG...?

MISUARI, KIRAM BERMAIN API
Akhbar-akhbar perdana negara menyiarkan berita-berita tentang perkembangan terbaharu pencerobohan Lahad Datu yang mula menampakkan fasa yang lebih kritikal. Contohnya, Utusan Malaysia menyiarkan berita ' Malaysia Penjajah - Misuari', 'Jamalul Kiram III isytihar perang gerila' sebagai tajuk di muka depan.
Ketua Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari menuduh Malaysia menjajah Sabah dan Sarawak serta menjadi kuasa penghalang kepada usaha penyatuan bangsa Moro.
Ketua pengganas Sulu iaitu Jamalul Kiram III pula mengisytiharkan perang gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia dan tidak akan berundur dari Sabah. 
Kes ini sebenarnya memang awal-awal lagi direncana oleh mereka dan mereka cuba bermain api dan cuba meraih simpati dunia akan tuntutan gila mereka terhadap kedaulatan negara Malaysia.
Biarkan mereka bermain api, akhirnya diri mereka sendiri yang terbakar....
Penghantaran aset pertahanan ke Sabah untuk menjaga kedaulatan negara...
Kereta perisai berantai Adnan
F-18D Hornet TUDM






Tiada ulasan:

Catat Ulasan