PILIHANKU

TAJAAN

03 Julai 2013

5 SEKELUARGA MAUT DI MUKAH...?



MUKAH, 3 Julai (Bernama) -- Enam orang termasuk bayi lelaki berumur sembilan bulan, terbunuh dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan pikap Toyota Hilux dan kereta di Km113 Jalan Sibu-Bintulu Rabu.Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta Mohd Serhan Suaib, 35, dari Kampung Simunul, Semporna, isterinya Dayang Norhayati Tusin, 30, anak lelaki mereka Danish Nurhan, sembilan bulan, adik Norhayati, Norafizah Tusin, 23, dan Siti Nur Rasidah Mohd Adi Azri, dua tahun.
Kelima-lima mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
Seorang lagi mangsa, Napsiah Hassan, 61, penumpang Toyota Hilux yang dipandu suaminya, Ali Kamat, disahkan meninggal dunia di klinik kerajaan di Tepus, Ulu Selangau.

Bernama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan