PILIHANKU

TAJAAN

11 Julai 2013

PIALA MALAYSIA 2013...?

Mungkinkah menjadi milik TRW..?
KUALA LUMPUR - Bahang saingan Piala Malaysia 2013 bakal menemui peminat bola sepak negara pada 17 Ogos ini dengan sesi pengundian kumpulan akan diadakan secara langsung di Astro Arena pada 27 Julai di Menara Telekom Malaysia.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin yang berkata, tiada perubahan tarikh pengundian walaupun ada beberapa pengurus pasukan mahukan ia dilakukan lebih awal berbanding 27 Julai.
‘‘Ada beberapa pasukan seperti Perak dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mahukan jadual pengundian ini disegerakan kerana memudahkan mereka melakukan persiapan seperti perlawanan persahabatan setelah mengetahui lawan masing-masing.
‘‘Namun, setelah berbincang dengan pihak penaja iaitu Astro Arena, tarikh itu terpaksa ditetapkan pada 27 Julai juga seperti mana yang telah dirancang sebelum ini kerana atas alasan tertentu," katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia, semalam.
Serentak itu, Hamidin memberikan jaminan tarikh perlawanan akhir Piala Malaysia pada 26 Oktober tidak memberikan sebarang masalah kepada persiapan pasukan kebangsaan walaupun berdekatan dengan aksi kelayakan Piala Asia 2015 iaitu menentang Bahrain pada 15 Oktober di Stadium Shah Alam.
Jelasnya, tempoh 11 hari akan diberikan kepada jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal, untuk melakukan persiapan menyeluruh selepas berakhir saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia.
‘‘Persiapan skuad kebangsaan tidak terganggu dengan kerancakan Piala Malaysia kerana semasa saya masih berada di Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), kami telah memastikan masa yang secukupnya untuk latihan pasukan kebangsaan.
‘‘Dari 5 Oktober iaitu sebaiknya perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia sehingga menjelang hari perlawanan dengan Bahrain pada 15 Oktober, itulah masa yang kami akan berikan kepada Rajagobal, jadi saya tidak fikir akan ada satu masalah.
‘‘Selepas perlawanan dengan Bahrain, separuh akhir kedua Piala Malaysia akan kembali disambung pada 19 Oktober dan perlawanan akhir pula 26 Oktober," katanya.
Sebanyak 16 pasukan yang bertanding akan diasingkan dalam empat balang berbeza mengikut senarai terakhir kedudukan Liga Super manakala juara Liga Perdana, Sarawak dan Sime Darby yang muncul naib juara akan diletakkan balang ketiga bersama-sama pasukan yang berada di tangga ke-9 serta 10 liga, Terengganu dan T-Team.
Juara Liga Super, Lions XII diikuti Selangor, Johor Darul Takzim dan Kelantan berada dalam balang pertama sementara Pahang, ATM, Perak dan PKNS FC menjadi empat pasukan yang ditempatkan pada balang kedua.
Balang keempat terdiri daripada dua pasukan Liga Perdana, Johor dan Kedah, manakala dua slot lagi akan ditentukan melalui pemenang perlawanan Felda United-Pos Malaysia dan Negeri Sembilan-Sabah.

Sumber: Utusan online, 10/7/2013


S

Tiada ulasan:

Catat Ulasan